Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Masak Kari Atau Gulai Agar Pecah Minyak, Lebih Sedap & Padu Rasanya!

Tips Masak Kari Atau Gulai Agar Pecah Minyak, Lebih Sedap & Padu Rasanya!

Kategori: ,,
tips masak kari

Kari atau gulai merupakan antara menu yang sangat digemari oleh kebanyakan masyarakat Melayu kita pada hari ini. Walaupun asalnya kari itu dari India, namun hidangan tersebut tetap menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Untuk menikmati menu ini, kebiasaannya kita akan membelinya dari kedai atau membuat sendiri sahaja di rumah. Walaubagaimanapun, ramai yang masih gagal dalam menyediakan atau masak kari serta gulai yang enak serta sedap.

Nak jadikan kari serta gulai yang dimasak sedap dan padu, pastikan kita menumis bahan tumisan sehingga pecah minyak. Makanan pun boleh tahan lama tau jika ia ditumis dengan baik.

Nak tahu tips masak kari dan gulai agar pecah minyak? Jom kita ikuti perkongsian dari Safwan Adnan di bawah ini. Dengan menggunakan tips ini, pasti hidangan yang anda sediakan akan menjadi lebih sedap.

Tips Masak Kari Atau Gulai Agar Pecah Minyak

  1. Apabila menumis rempah pastikan air di masukkan sedikit demi sedikit…hampir kering tambah air lagi…dan ulangi lah sehingga minyak terbit…
  2. Setelah itu masukkan santan cair…renehkan sebentar dan masukkan santan pekat (diperingkat ini minyak tidak akan terbit dan kari @ gulai kita akan nampak plain je).
  3. Inilah saatnya…kita tambahkan air sedikit demi sedikit…anda akan nampak minyak mula terbit…apabila terlihat air berkurang dan hendak ke arah pekat..ulangi lagi dan kecilkan api…hampir pekat tambah lagi air sehingga minyak terbit sepenuhnya…
  4. Jangan risau tentang kepekatan kari…sebab itu air perlu ditambah sedikit demi sedikit…supaya kita boleh kawal kepekatan mengikut citarasa kita.

Cara 2 :

  1. Tumis rempah sampai pecah minyak.
  2. Santan kotak atau ori campurkan dengan air (kuantiti air sama banyak dengan santan pekat).
  3. Apabila tuang dalam kuah akan nampak minyak naik.
  4. Kacau sekejap2 supaya tak berketul santan kita.
  5. Jangan khuatir dengan kari yang akan nampak cair….apabila direneh akan pekat kembali yang penting minyak tuh naik.

Cara 3 :

  1. Setelah rempah pecah minyak terus letak air.
  2. Kemudian letak santan pekat yang dicampur sedikit air (kena agak-agak supaya tak terlebih cair plak)

Sebenarnya yang buat minyak naik adalah air…tapi kita jadi problem bila letak santan pekat…tidak percaya cubalah…

Manakala untuk menjadikan masakan korang lebih sedap dan tahan lama, jom kita ikuti pula perkongsian dari Nasimahkota di bawah ini.

Tips Supaya Gulai Lebih Sedap & Tahan Lama

Bagi menghasilkan gulai yang lebih sedap dan tahan lama pastikan anda lakukan benda ini!

  • Selepas anda menumis bawang, cili dan kari jangan terus letak atau masukkan santan ye.
  • Seeloknya masukkan santan kemudian.
  • Orang Kelantan panggil kaedah ini “mati awah”.

Selalunya orang yang berniaga akan masak lewat petang dan akan masukkan santan pada keesokkan harinya.  Disebabkan oleh itulah, gulai di sesetengah kedai lebih sedap dan tahan lama.

Mudah sahaja kan masak kari dan gulai agar pecah minyak? Barulah masakan korang akan menjadi lebih sedap dan enak. Tidak kira gulai atau kari apa yang korang hendak sediakan, sama ada lembu, kambing atau pun ayam, pastikan anda praktikkan tips di atas ya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Safwan Adnan & Nasimahkota 

Baca juga: Bukan Menu Sebarangan, Ini Tips Hasilkan Ikan Rebus Goreng Yang Sedap, Pejal & Wangi!

tags: | | | |