Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Nasi Lemak Kesal Dikhianati Pelanggan, Order 50 Bungkus Nasi Tak Jadi Ambil 

Peniaga Nasi Lemak Kesal Dikhianati Pelanggan, Order 50 Bungkus Nasi Tak Jadi Ambil 

Kategori:
peniaga nasi lemak dikhianti pelanggan

Mahu jadi peniaga yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja memulakan perniagaan. Pasti akan ada banyak dugaan dan cubaan yang bakal dilalui. Sama ada dari diri sendiri mahu pun pihak luar seperti pelanggan.

Hendak jadi peniaga juga jiwa haruslah kental, harus bersabar dengan setiap kelakuan dan tindakan pelanggan. Malah zaman sekarang, banyak kejadian pelik yang dilakukan oleh pelanggan. Buat tempahan namun tidak datang ambil.

Bagi mereka yang sudah mengambil deposit memang tiada masalah, namun bagi peniaga yang tidak mengambil deposit pasti mengalami kerugiaan. Ingat, peniaga pun cari makan tau. Jadi tolong jangan sesuka hati buat pesanan kemudian batalkan begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

Seperti mana yang dikongsikan oleh peniaga nasi lemak yang dikenali dengan nama Nisya Kanwal menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang pelanggan yang menganiayainya.

Peniaga Nasi Lemak Kesal, Dikhianti Pelanggan

Sebelumnya, pelanggan tersebut telah menghubunginya dan memesan nasi lemak biasa sebanyak 50 bungkus. Dalam masa yang sama, pelanggan tersebut juga meminta ikan bilis lebih dan permintaan tersebut telah disetujui oleh Nisya.

Kemudiannya Nisya telah meminta pelanggan tersebut untuk membayar dahulu deposit, separuh dari harga penuh berjumlah RM100. Namun apabila malam, Nisya mendapati wang tersebut belum masuk lagi ke akaunnya.

Nisya menghubungi pelanggan tersebut kembali apakah dia jadi untuk membeli nasi lemak tersebut. Pelanggan tersebut memaklumkan dia jadi untuk membeli nasi lemak tersebut dan mahu mengambilnya pada pukul 8 pagi.

Namun pelanggan tersebut mempunyai masalah untuk membayar deposit dan pelanggan tersebut meminta untuk membayar esok pagi. Nisya bersetuju memandangkan pelanggan tersebut pernah mengunjungi gerainya.

Dari jam 2 pagi memasak sehingga lah jam 5 pagi, nasi lemak yang ditempah sebanyak 50 bungkus sudah siap semua. Namun sungguh menyedihkan apabila pelanggan tersebut membatalkan pesanan pada pagi itu atas sebab acara dibatalkan.

Gambar Sekadar Hiasan

Namun jika diikutkan, pembatalan acara tiada kaitan dengan nasi lemak yang sudah siap dibungkus itu. Pelanggan tersebut yang menempah nasi lemak, jadi bayar sahaja. Kemudian sedekahkan kepada sesiapa. Kesian tau dekat peniaga kalau dapat pelanggan yang tidak fikir hati dan perasaan orang lain ini.

@nisya126 Jangan jadi macam sye😓#tyscrr #nisya06 ♬ original sound – Nisya Kanwal🌹

Saya pun pernah lalui keadaan macam ni..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada peniaga yang sempat berkongsi nasib yang sama dan sangat memahami apa yang dilalui oleh peniaga nasi lemak ini.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, kalau order dekat orang, jadi ke tak jadi. Pergi je bayar. Kita boleh sedekah dekat orang lain.

Sedih bukan apabila ada pelanggan yang bersikap sebegini? Apa yang nak dibuat oleh peniaga nasi lemak tersebut dengan pesanan yang telah siap sedia. Gigih bangun awal pagi untuk siapkan tempahan namun sanggup pelanggan mengkhianati sedemikian rupa.

Sumber; TikTok Nisya Kanwal

Baca juga: “Comel Je..” Geng Isteri Kenakan Suami, Semua Pakai Baju Yang Sama Buat Ramai Terhibur

tags: