Dunia sekarang sangat berbeza dari dahulu. Kini, ekonomi semakin mencabar dan peluang pekerjaan sangat terhad, oleh itu ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan pekerjaan. Tak kisahlah apa jua, asal ia mampu menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Namun begitu, ramai di antara kita yang tidak tahu cara menghargai pekerjaan yang ada. Selain memaparkan disiplin dan sikap yang tidak elok, ada juga yang lewa ketika bertugas sehingga ia menjejaskan pihak lain.
Jika berkerja, janganlah sehingga lalai kerana selain menjejaskan operasi tempat kerja, anda juga boleh menyebabkan pihak lain kerugian. Perkara itulah yang menimpa seorang pelanggan aziq1991 gara-gara kecuaian seorang cashier.
Mengunjungi sebuah pasaraya kecil untuk membeli keperluan barang dapur, lelaki itu menuju ke tempat kaunter untuk melakukan pembayaran. Sewaktu ingin menghulurkan wang, cashier yang bertugas meletakkan barangan yang dibelinya ke dalam plastik untuk dibawa pulang.
Tapi bila sampai di rumah, dia berasa terkejut apabila mendapati paket minyak masak yang dibeli telah pecah sehingga menyebabkannya tertumpah, terkena pada sayur yang dibeli.
Kecewa dengan cara cashier membungkus barangannya sehingga menyebabkan perkara itu berlaku, dia memohon pada para cashier di luar sana untuk lebih berhati-hati ketika berkerja kerana kecuaian mereka boleh menyebabkan pelanggan sepertinya kerugian.
Di ruangan komen, lelaki itu yang membalas komen dari Danisha Husna turut menjelaskan bahawa dia juga telah melakukan aduan tersebut pada pihak pengurusan pasaraya tersebut tapi tidak mendapat ganti rugi. Sebaliknya, ucapan maaf yang diberi dari pihak mereka tapi perkara itu sudah memadai buatnya.
@aziq1991 Habis sayur semua becampur minyak, nasib tak beli gula tadi.. 😅 #fyp #flyfypシ ♬ DJ Sampai Kapan Kau Gantung Cerita Cintaku – MASTER RMX
Tambahan, orang ramai turut terkilan dengan kecuaian cashier. Ada juga individu yang bernasib malang dan pernah terkena perkara yang sama.
Jadikan hal ini sebagai pengajaran buat kita semua. Bagi kita yang sedang bekerja, laksanakan tugasan anda sebaik mungkin. Walaupun bagi anda sesetengah perkara merupakan perkara yang remeh tapi besar kemungkinan ia mempunyai impak yang besar pada orang sekeliling anda.
Kredit: aziq1991
Baca Juga: Peniaga Selamba Buat Stik Coklat Tanpa Hiraukan Aspek Kebersihan, Orang Ramai Rasa Jijik