Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Apam Mekar Tembikai, Sangat Gebu, Lembut & Mudah Untuk Disediakan. Jom Cuba!

Resepi Apam Mekar Tembikai, Sangat Gebu, Lembut & Mudah Untuk Disediakan. Jom Cuba!

Kategori: ,
Apam Mekar Tembikai

Zaman kecil dahulu, apam mekar sangat terkenal. Mempunyai pelbagai warna, kuih yang gebu dan lembut itu sering menjadi pilihan kanak-kanak. Rasanya pun sangat sedap!

Sekarang juga terdapat pelbagai jenis apam mekar. Orang ramai semakin kreatif dan mencuba pelbagai warna menarik. Antaranya adalah apam mekar tembikai ini. Cara untuk membuatnya telah dikongsikan oleh Salju Rindu di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resepi Apam Mekar Tembikai, Sangat Gebu & Mudah Untuk Disediakan. Jom Cuba!

Bahan-bahan

  • 200 gm tepung gandum (diayak dua kali)
  • 200 gm gula halus
  • 50 gm tepung jagung (diayak sekali dengan tepung gandum)
  • 250 ml santan (Ambil sedikit saja santan itu, campur dengan air dan jadikan sukatan tersebut)
  • 1 biji telur segar (buang mata pusatnya supaya tak hanyir bau telur)
  • 1 sudu kecil ovalate
  • Sedikit esen vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Pewarna makanan hijau, merah, putih, hijau pekat
  • Bijan hitam atau biji selasih

Cara penyediaan

  1. Campur semua bahan-bahan ke dalam bekas besar kecuali baking powder.
  2. Mix pada high speed selama 10 minit.
  3. Dah selesai mix, baru masukkan baking powder, mix speed paling rendah. Mix sekejap saja, tak sampai 1 minit pun asal dah sebati boleh berhenti. Jangan overmix.
  4. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  5. Sediakan air kukusan, jangan terlalu lebih, jangan terlalu kurang. Rujuk pada gambar. Apam Mekar Tembikai
  6. Jarakkan acuan supaya dapat apa mekar.
  7. Kukus apam selama 15 minit.
  8. Kalau guna kukusan dapur gas, ikat ketat tudung kukusan dengan kain mudah serap air wap dan guna api yang besar.
  9. Semasa nak kacau adunan, letakkan warna jangan terlalu laju. Manja-manja sahaja gaulnya. Apam Mekar Tembikai Apam Mekar Tembikai Apam Mekar Tembikai
  10. Panaskan dulu kukusan semasa kita tengah masukkan bancuhan ke dalam cawan sebab nak kukus air kena betul-betul mendidih. Baru apam boleh jadi mekar sempurna. Apam Mekar Tembikai Apam Mekar Tembikai Apam Mekar Tembikai
  11. Kalau boleh cari cup isi adunan dan cup lapiknya sama tinggi dan besar kalau nak lebih merekah macam bunga. Apam Mekar Tembikai Apam Mekar Tembikai Apam Mekar Tembikai

Nampak comel sangat apam mekar tembikai ini, kan? Warnanya pun sangat ceria jadi anda boleh la menghidangkannya untuk anak-anak di rumah nanti. Tentu mereka akan suka!

Selamat mencuba resepi ini dan kongsikan pada kawan-kawan anda!

Kredit: Salju Rindu

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara ‘Express’ Untuk Sediakan Puff Pastry Inti Kastad & Kaya Di Rumah, Sangat Mudah!

tags: | | |