Biasanya, ikan sardin dalam tin kita masak dengan sos dia sahaja kan? Goreng balik dengan bawang dan perahan asam limau, memang sudah memikat hati sampai bertambah-tambah nasi. Ditambah pula dengan gorengan telur dadar. Perghhh, memang mantap!
Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu resepi mudah yang juga menggunakan ikan sardin dalam tin. Resepi dan masakan sardin tin masak lemak cili padi. Kalau untuk orang bujang, memang sesuai masak menu ni.
Resipi Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi, Menu Ringkas & Jimat Masa Masak, Senang & Sedap!
Bahan-Bahan:
- 1 tin sardin saiz besar
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 7 biji cili padi
- 1 batang serai
- 1 helai daun kunyit
- 250 ml santan
- 3 biji ubi kentang
- 2 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 2 keping asam gelugur
- 300 ml air
- garam secukup rasa
- air secukupnya
- minyak masak secukupnya
Cara Penyediaan:
- Kisar bawang merah, bawang putiih, serai dan kunyit hidup. Ketepikan.
- Panaskan periuk, masuk sediikit minyak dan tumis bahan-bahan yang tellah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
- Masuk kentang. Dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin denngan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, matikan api dan angkat.
- Ikan sardin boleh digoreng terlebih dahulu untuk mengelakkan ia hancur.
- Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
Siap sudah sardin tin masak lemak cili padi kita! Boleh tambah menu telur dadar sekali tau! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Selamat mencuba dan menikmati! Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Maznah Hassan
Baca juga: Tak Perlu Pergi Seberang, Ini Resepi Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai, Senang Tapi Sedap!