Bayam Brazil merupakan sejenis ulam yang sangat terkenal. Selain enak dimakan bersama sos pencicah seperti budu, sambal belacan dan sambal kicap bersama nasi putih dan ikan bakar, ia juga boleh dijadikan kerepek.
Ada banyak gerai di luar sana yang menjual kerepek bayam brazil crispy. Rangup dan murah, ia begitu digemari ramai. Tapi tak semua tempat menjualnya.
Kalau susah nak cari, apa kata kita cuba sediakan sendiri kerepek bayam brazil crispy di rumah dengan mengikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)? Nampak mudah sangat!
Kerepek bayam brazil ini seeloknya dihabiskan dalam masa 3 hari atau seminggu. Kalau tak dah tak segar, rosak rasanya. Selain dimakan begitu sahaja, anda juga boleh menikmatinya bersama sos pencicah seperti sos cili (yang ini lebih sedap). Memang lebih sedap!
Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikannya pada kawan-kawan anda.
Kredit: Rozmaliza Omar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi, Menu Ringkas Orang Bujang, Senang Dan Sedap!