Kebersihan adalah satu perkara yang sangat perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi dalam soal pemakanan. Memandangkan makanan adalah salah satu sumber tenaga yang amat diperlukan oleh tubuh badan manusia, jadi jagalah pemakanan korang dengan baik.
Pastikan setiap makanan yang disuap, yang dimasukkan ke dalam mulut dan diproses berada dalam keadaan bersih dan selamat. Makanan yang halal juga teramat penting, lebih-lebih lagi jika korang beragama Islam. Ingat, makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kita.
Jika elok makanan yang kita makan, maka eloklah seluruh badan kita. Oleh sebab itu, pastikan setiap makanan yang korang hendak makan sentiasa bersih dan selamat daripada sebarang bendasing. Lebih-lebih lagi ulat atau sebarang binatang yang boleh membawa kepada keracunan.
Mungkin ada ketika, korang tidak perasan keadaan makanan korang. Namun pasti sangat menjijikkan bukan, apabila melihat makanan korang dipenuhi dengan ular kecil. Seperti mana yang berlaku kepada Aquariuz, apabila mee yang ingin dimakannya dipenuhi dengan ulat yang sangat halus sedang merayap.
Sekali pandang memang tidak perasan ianya ada ulat kecil yang bergerak namun jika diperhatikan pasti korang tidak akan menyentuh mee tersebut lagi. Malah dari segi luaran, mee berkenaan kelihatan sedap dan menggiurkan.
Namun apabila di zoom lain pula jadinya. Disangka habuk kacang namun rupa-rupanya ia adalah ulat kecil. Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui dengan jelas dari mana ulat tersebut. Sama ada dari lalat atau pun sebaliknya.
Apabila berhadapan dengan situasi yang sedemikian rupa, pasti kita akan berasa trauma dan takut kan? Mungkin berhari-hari tak sentuh makanan dan mee seperti ini. Walaubagaimanapun, semoga Aquariuz baik-baik sahaja.
@aquariuzbanget 10 th baru paham #fyp
β¬ Breakbeats Bang Jono – πππ¨ π©ππ€π’π¬ β
@aquariuzbanget 10 th baru paham #fyp β¬ Breakbeats Bang Jono – bowovler
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis, itu adalah makanan bunian dan ada juga yang menganggap ulat tersebut adalah vitamin.
Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama iaitu menemui ulat yang membuak-buak di dalam ikan sambal yang dimakannya.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, “ni selalunya kes lalat datang hinggap dekat makanan dan bertelur. Sebab first pernah terjadi kat rumah depan mata, lauk baru masak”. Ada juga yang berfikir, mungkin kedai berkenaan terkena sihir.
Walaupun kejadian penemuan ulat kecil ini berlaku di negara seberang, ia tetap memberi impak kepada semua orang. Pesanan buat korang semua, tidak kira sama ada di Malaysia atau pun di mana-mana, pastikan anda perhatikan dahulu setiap makanan yang ingin dimakan.
Jangan main suap dan telan je. Lebih-lebih lagi ketika menikmati makanan atau pun menjamu selera di luar. Apatah lagi jika banyak lalat yang kelihatan, adalah lebih baik jika korang memerhati makanan korang dengan lebih terperinci.
Sumber: TikTok Aquariuz,
Baca juga: βBuy 1 Free 1..β Terbeli Ikan Pari Bunting, Wanita Ini Sebak. Tak Sampai Hati Nak Masak