Pemakaian inai oleh para pengantin di majlis perkahwinan sudah menjadi satu adat di kalangan masyarat Malaysia, terutamanya Melayu dan India.
Sekarang juga, terdapat pelbagai jenama inai yang dijual di pasaran. Macam-macam jenis yang ada, orang ramai sehingga keliru dan tak tahu yang mana nak cuba.
Tapi tak kiralah apa jenamanya, jika anda tak tahu cara memakainya pun tiada guna kerana inai tersebut tidak akan kelihatan cantik dan warna tidak menyerlah. Oleh itu, wanita ini berkongsi tips untuk dapatkan inai yang lawa. Bakal pengantin wajib tahu!
Wanita Ini Kongsi Tips Dapat Inai Lawa, Guna Bahan Dapur Dapat Pekatkan Warna!
- Asah permukaan kuku bagi halus dan berkilat. Hasilnya inai tak akan bercapuk di kuku nanti.
- Beli serbuk inai asli. Serbuk inai asli dibuat dari daun inai yang telah dikeringkan kemudian dikisar halus menjadi serbuk. Jangan beli inai segera semua (inai kon atau inai ukir tak sesuai untuk kuku).
- Rahsia untuk pekatkan warna; bancuh serbuk inai dengan air teh pekat (panas). Bancuh sampai dapat kepekatan yang anda inginkan. Kalau boleh tak cair dan tak pekat sangat.
- Lekatkan tape di hujung ruas jari pertama untuk mengelakkan inai comot. Selepas itu, gunalah inai macam biasa. Ratakan dengan salutan yang tebal.
- Nak merah cantik, sentiasa top up inai di bahagian yang nampak macam nak kering dah. Kiranyan jangan bagi kering awal. Top up sampai 3 kali ok dah. Selepas itu, biar lah kering kemudian basuh.
- Bagi pengantin, digalakkan pakai 2 hari sebelum nikah dan sehari sebelum nikah. Bermakna perlu ulang 2 kali. Hari ni pakai ikut cara di atas, esok malam pakai pula. Tak perlu bawa tidur.
Mudah sahaja tipsnya, kan? Bagi anda yang mahukan hasil inai yang cantik dan tahan lama, tak salah pun amalkan tips ini. Memang seronok bila kita dapat bancuh inai sendiri, lebih-lebih kalau ianya menjadi.
Semoga tips ini dapat membantu anda!
Kredit: Nur Habibi Qalbi
Baca Juga:Cara Betul Simpan Rempah Ratus Supaya Tetap Wangi & Tahan Lebih Lama, Rupanya Ramai Yang Tak Tahu!