Nasi Kerabu merupakan hidangan yang berasal dari kawasan Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. Mempunyai nasi yang berwarna kebiruan, ia biasanya dimakan bersama ulam-ulaman, ikan bakar, ayam perci, daging bakar, telur masin, keropok dan budu.
Oleh kerana sangat digemari ramai, banyak kedai makan yang menjual nasi kerabu dengan aneka lauk. Ada yang sedap, ada pula yang sebaliknya. Jadi bila mencari restoran nasi kerabu untuk dikunjungi, pastikan ia berbaloi dan memuaskan hati seperti yang dikunjungi wanita ini.
Di TikTok, seorang lelaki d4dy3_rx2 telah mengunjungi sebuah kedai makan yang terkenal dengan hidangan nasi kerabu bersama aneka lauk bakar. Pengalaman tersebut dikongsikan di laman TikTok.
Pergi ke sana bersama seorang kawan, dia telah memesan sepinggan nasi kerabu bersama ayam bakar untuk dinikmati bersama. Namun apabila pesanannya tiba, lelaki itu terkejut bila melihatnya.
‘Tak puas hati’ dengan peniaga, mana mungkin dia mampu menghabiskan makanan itu kerana lauk ayam bakar yang diberi adalah terlampau banyak dan saiznya juga memang besar, dua orang tak mampu untuk menghabiskannya.
Bergurau sahaja, sebenarnya lelaki itu berasa sangat gembira dan berbaloi bila makan di sana. Tambahnya, sesiapa yang berada di kawasan yang berhampiran, boleh kunjungi restoran tersebut iaitu Nasi Kerabu Kambing Bakar Batu 40 Sabak Bernam.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berminat dengan kedai tersebut. Portion yang banyak dan saiz ayam yang besar, tentunya ia sangat sedap. Menurut pengguna senefeterilatta, siapa yang ingin berdiet terus tak jadi sebab kenyang sangat makan di sana.
Seronoknya bila kita dapat makan di tempat macam ini, kan? Lauk banyak, harga pun murah, sangat berbaloi! Jadi kalau anda yang teringin nasi kerabu, boleh lah kunjungi kedai ini.
Kredit: d4dy3_rx2
Baca Juga: “Dia Tetap Jual..” – Jual Donat 10 Sen Sebutir, Ramai Terharu Tengok Peniaga Pemurah Ini