Sebagai seorang manusia yang tidak berhenti diuji dengan pelbagai cabaran kehidupan dan kerenah manusia, ada kalanya kita akan berasa geram dan sakit hati.
Tak ingin mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak secara tidak rasional, segelintir individu tahu cara untuk menyembunyikan perasaan sakit hati mereka. Namun ada kalanya aura yang negatif itu boleh menyebabkan perkara di luar jangkaan berlaku.
Kejadian misteri sebegitu telah menimpa seorang lelaki, tehpyanggg2021. Perkara itu juga dikongsikan menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.
Lelaki itu berasa sakit hati dengan kejadian sebelum ini yang tidak dijelaskan dalam video tersebut, cuba menyorok perasaan tersebut dengan mencari makanan dan minuman untuk dinikmati dan melegakan hatinya yang sedang panas dan bergelora.
Mengunjungi sebuah kedai makan, dia dan kawannya telah memesan nasi goreng bersama segelas minuman. Tapi baru sahaja mahu menjamah makanan tersebut, satu kejadian tidak disangka berlaku.
Terkedu, lelaki itu tak sangka bahawa gelas minumannya akan meletup tanpa penjelasan. Tidak dihentak atau dicampak, gelas itu berderai dan serpihan kaca telah termasuk dalam makanannya.
Namun yang ajaibnya , dia dan kawannya tidak tercedera dari perkara itu. Menurutnya, mungkin inilah yang berlaku apabila dia terlalu sakit hati sampai gelas pun boleh meletup secara tiba-tiba.
@tehpyanggg2021 Bila orang sakit hati… #sabar #sabarituindah
@tehpyanggg2021 Bila orang sakit hati… #sabar #sabarituindah ♬ bunyi asal – Teh Pyanggg
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai berasa terkejut bila melihat kejadian tersebut. Tambah beberapa pengguna, mungkin ada sebab lain yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Percaya pada ketentuan Tuhan, ada yang nasihatkan mungkin kedai makan tersebut ada sesuatu yang tidak kena dan mungkin perkara itu berlaku untuk melindungi lelaki itu dari menjamah hidangan di sana. Namun lelaki itu menjelaskan bahawa tuan kedai terus menggantikan makanan dan minumannya dengan yang baru, bersangka baik dan berharap tiada apa-apa.
Sebagai seorang Muslim, kita dinasihatkan untuk membaca doa dahulu sebelum makan. Hal itu dapat melindungi kita dari sebarang perkara dan niat buruk orang dan makhluk lain.
Kredit: tehpyanggg2021