Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Anak Lelaki Sejati..” Beruntungnya Dia, Ibu Bekalkan Makanan ‘Full Package’, Ramai Pula Yang Cemburu Sebab..

“Anak Lelaki Sejati..” Beruntungnya Dia, Ibu Bekalkan Makanan ‘Full Package’, Ramai Pula Yang Cemburu Sebab..

Kategori:

Kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu memang tiada tandingan. Bagaimana kasihnya seorang ibu terhadap anak sehinggakan nyamuk seekor pun tidak dibiarkan mengigit anaknya. Dari si anak kecil, si ibu sanggup berjaga malam menyusukan anak yang menangis meminta susu.

Selepas anak-anak pandai makan makanan lain selain susu, para ibu pula gigih sediakan nestum dan puri buahan serta sayuran untuk dinikmati anak-anak. Apabila sudah besar sedikit, dimasaknya pula makanan yang terbaik dan menyihatkan.

Tidak henti-henti pengorbanan seorang ibu ini. Tidak habis lagi di situ, walaupun anak-anak sudah tumbuh dewasa dan pandai mencari makan sendiri namun sifat kasih dan sayang dari seorang ibu itu tidak pernah luntur.

Ibu bekalkan makanan ‘full package’, beruntungnya dia

Disediakan pula bekal untuk dibawa oleh anak ke sekolah mahu pun tempat kerja. Seperti mana yang dikongsikan oleh YourJiranStory menerusi aplikasi TikTok. Berkenaan dengan kawan sekerjanya yang dibekalkan makanan oleh ibunya.

Lihatlah, betapa sayang dan cintanya seorang ibu terhadap anak lelakinya kerana masih gigih sediakan bekal untuk si anak walaupun sudah dewasa. Bahkan bekal yang dibawa itu bukan hanya nasi semata-mata.

Kelihatan juga beberapa lagi makanan lain seperti kuih muih dan sayuran. Cukup lengkap. Semua ada, bukan satu bekas sahaja akan tetapi kelihatan empat biji bekas yang semuanya diisi dengan makanan.

Di saat yang lain hanya makan makanan dari kedai namun lelaki berkenaan bahagia mengeluarkan bekalnya satu persatu. Turut kelihatan ibunya turut bekalkan sudu dan garfu yang dibalut elok di dalam tisu.

Melihat semua itu di hadapan mata, ramai kawan-kawannya yang berasa cemburu. Mana tidaknya, kawannya yang lain terpaksa mengeluarkan duit membeli makanan namun dirinya bahagia menikmati hidangan yang dibekalkan ibu.

Bukan sahaja makanan tersebut enak memandangkan makanan tersebut dimasak dan dari air tangan seorang ibu namun lelaki berkenaan juga boleh berjimat cermat.

https://www.tiktok.com/@yourjiranstory/video/7132665161390755099?_r=1&_t=8UtvSRJyVs2&is_from_webapp=v1&item_id=7132665161390755099

@yourjiranstoryLelaki sejati 👏🏻❤️

♬ original sound – Candice

Syok woo dapat macam gini..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Dapat dilihat, ramai yang menulis lelaki berkenaan beruntung kerana ibunya bekalkan makanan.

Tidak kurang juga ada yang menulis, “best nya.. kasih sayang mak dekat anak”. Ada juga yang menulis, “eh syok woo dapat macam gini. Best feeling evah.”

Dalam masa yang sama ada juga yang terhibur kerana lelaki berkenaan siap dibekalkan dengan sudu serta garfu dan ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, siap kuih ya mak dia bekal. Seronok katanya.

Itulah, kasih sayang seorang ibu memang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kebiasaannya, kita hanya melihat si ibu bekalkan anak satu atau dua makanan sahaja. Namun sangat berbeza pada kali ini kerana si ibu bekalkan makanan untuk anak lelakinya ‘full package‘. Tahniah kami ucapkan kepada ibu lelaki berkenaan.

Sumber: TikTok YourJiranStory

Baca juga: Dikritik Hebat Tak Jaga Kualiti Air Balang, Syahmi Sazli Buka Mulut & Jelaskan Isu Sebenar

tags: | | | |