Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Restoran Tawar Menu ‘No Pork’, Ramai Terlepas Pandang & Tetap Makan Walaupun..

Restoran Tawar Menu ‘No Pork’, Ramai Terlepas Pandang & Tetap Makan Walaupun..

Kategori:
'No-Pork'

Sebagai umat Islam, sumber makanan dan minuman perlulah Halal dan bersih sebelum diambil. Hal ini sudah menjadi satu kewajipan dalam agama tersebut bagi menjaga kesucian diri.

Namun ramai di antara para Muslim di Malaysia yang masih lagi keliru mengenai pemakanan dan maksud sebenar makanan Halal dan Haram. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai restoran yang menawarkan menu ‘No Pork’ atau ‘Pork Free’, ada juga pelanggan Muslim yang akan makan di sana tanpa menghiraukan padahnya.

Perkara itu telah disaksikan oleh seorang lelaki baru-baru ini dan dikongsikan di media sosial. Mari kita baca pendapatnya di bawah.

Restoran Tawar Menu ‘No Pork’, Ramai Terlepas Pandang Dan Tetap Makan Walaupun..

Mengunjungi sebuah pusat membeli-belah untuk bersiar-siar sambil melihat tempat, badrisha9213 terserempak dengan kelibat beberapa orang wanita Muslim di dalam sebuah restoran.  'No-Pork'

Restoran tersebut pula merupakan sebuah restoran Non-Muslim tapi menawarkan menu ‘No Pork’. Walaupun sijil Halal tidak kelihatan, wanita-wanita itu tidak segan untuk makan di sana beramai-ramai. 'No Pork'

Melihat perkara itu, lelaki tersebut jelas kecewa dengan tindakan mereka dan mengeluh bahawa begitu ramai di antara Muslim di Malaysia yang ‘mudah tewas’ dan tidak menghiraukan perkara tersebut. Asal restoran menayangkan tanda dan logo ‘No Pork’ atau ‘Pork Free’, mereka terus tidak berfikir panjang dan makan di sana.

@badrisha9213 mencari halal itu fardu..😢 #halal #toyiban #fypシ ♬ original sound – Firman Choii

Menjengah di video tersebut yang dikongsikan di laman TikTok, orang ramai juga jelas kecewa dan tindakan beberapa orang Muslim yang tidak menghiraukan status Halal restoran yang dikunjungi.

“Kadang tu no pork, tapi alcohol ada. Tapi tulah.. yang jaga tu, jaga sungguh sampai ada certification Halal pun dia tak nak makan jugak. Yang tak jaga tu sampai takde pikir sangat pun.”; jelas pengguna Noice.

“Memanglah ‘No Pork’, kena tahu juga menu mereka kadang-kadang ada guna wine. Bahan-bahan masakan itu sendiri pun kita tak tau Halal atau tidak.”; tambah pengguna sallycat78.

Orang Ramai Jelas Kecewa Dengan Kelalailan 'No Pork' 'No Pork'

Menurut sumber Harian Metro, Pihak JAKIM pernah membincangkan isu kedai yang mempamerkan tanda ‘No Pork’ atau ‘Pork Free’ yang sering dikunjungi para Muslim. Secara ulasannya, mereka menasihatkan orang ramai untuk lebih memilih restoran yang memiliki sijil Halal.

Kredit: badrisha9213

Baca Juga: Risiko Tinggi, Individu Ini Nasihat Orang Ramai Untuk Hati-Hati Sebelum Cuba Tiram Mentah

 

tags: