Dengan adanya pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan banyak lagi, hampir semua hal boleh diviralkan. Ini termasuklah juga kedai makan kecil.
Oleh itu, terdapat ramai influencers di luar sana yang menyediakan perkhidmatan review kedai makan. Ada yang dijemput dengan berbayar, ada pula yang sendiri ke sana untuk cuba sendiri makanan dan minuman.
Tentu para peniagalah yang paling gugup bila si influencer datang untuk cuba makanan mereka. Maklumlah review; samada positif atau negatif boleh memberi impak pada perniagaan mereka. Namun seperti lelaki ini, seharusnya jujur kerana ia melibatkan banyak pihak.
Bersiar-siar di bandar Temerloh, Pahang, seorang lelaki junamedias yang terkenal dengan pelbagai video review makanan telah ke Kak Tin Western yang menyediakan aneka hidangan makanan Barat.
Tertarik untuk cuba, dia menyapa pemilik tersebut dan memaklumkan bahawa dia berminat untuk memberi review makanan dan minuman serta bantu mempromosikan kedainya.
Terharu dengan pertolongan lelaki itu, peniaga tersebut sebak dan mengadu bahawa kedainya tidak mempunyai begitu ramai pelanggan. Malah, dia juga risau makanannya mungkin tidak sedap.
Ingin cuba sendiri dan beri review jujur, lelaki itu memesan burger dan chicken chop dari situ. Ternyata bila dicuba, dia tidak menyangka bahawa rasanya sangat sedap, saiz hidangan pun besar dan harga pun sangat murah. Memang berselera dia makan.
Menurutnya, orang ramai yang berada atau ingin mengunjungi Temerloh wajib ke sana. Restoran Kak Tin Western berhadapan dengan Hospital Temerloh jadi mudah sahaja untuk dilihat.
Tambahnya juga, dia tidak menyangka review jujur darinya dapat membuat peniaga itu berasa gembira jadi dari situ, dia juga berasa puas hati kerana dapat membantu.
https://www.tiktok.com/@junamedias/video/7133036803656830234?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7014289098874471937
@junamedias Jom kita support kedai akak ni. Kedai sedap tapi orang tak tahu. #food #support #makemesmile #foodie #restaurant #foodtiktok #foodlover ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa sangat terharu dengan bantuan lelaki itu. Ada juga yang mendoakan dan berharap bahawa kedai makan itu akan laris dari reviewnya.
Tentu peniaga itu sangat bersyukur dengan review lelaki itu, kan? Semoga perniagaan yang diusahakannya dapat bertambah maju dari review jujur ini.
Kredit: junamedias