Cek Mek Molek atau di negeri Terengganu kuih ini sering dipanggil dengan nama Mek Comel merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang popular sehingga ke hari ini. Dihasilkan dari ubi keledek yang berwarna oren lalu diadun bersama tepung gandum.
Kemudian diletakkan gula pada bahagian tengah kemudian digoreng. Walaupun sekadar kuih biasa, namun rasanya cukup luar biasa. Lebih-lebih lagi jika dimakan ketika panas, memang tak terkata nikmatnya.
Menurut beberapa sumber, kuih ini mendapat gelaran Cek Mek Molek adalah kerana bentuknya yang bujur, licin dan molek. Kuih ini boleh dihidangkan pada bila-bila masa, sama ada pada waktu pagi, tengah hari mahupun malam.
Tidak perlu ditempah lebih awal kerana banyak sahaja yang dijual di kedai makan. Hendak lebih sedap, cari kedai di kawasan kampung atau yang membuatnya orang lama. Orang lama yang menyediakan kuih Cek Mek Molek ini lebih sedap tau.
Mungkin anda pun boleh cuba masak sendiri kuih Cek Mek Molek yang enak dan menjadi di rumah dengan menggunakan teknik yang dikongsikan oleh Ju Mohamad di bawah ini.
Tip 1: Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.
(**bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).
Tip 2: Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api. Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.
Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali. Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sebab manis sangat.
Mudah sahaja kan teknik di atas ini? Tetapi masih tak tahu cara penyediaan kuih ini dengan lebih jelas? Jom kita ikuti cara memasak di bawah ini pula.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
Sudah lengkap sekarang kan? Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita mula buat kuih Cek Mek Molek kesukaan ramai sekarang!
Selamat mencuba & Semoga bermanfaat!
Kredit: Ju Mohamad & Norfaezah Hashim