Mengoperasi sebuah kedai makan amat memerlukan banyak kos dan tenaga, jadi tak ramai anak muda yang sanggup bekerja di sana pada jangka masa yang lama.
Hal itu menyebabkan pemilik sendiri terpaksa melibatkan diri secara langsung dan melakukan banyak pekerjaan sehingga tak cukup tangan. Adakalanya mereka tak sempat rehat dan tugas-tugas kecil yang lain tidak dapat diselesaikan.
Kerana penat, para peniaga juga memohon agar pelanggan turut memahami situasi mereka. Tak terlalu berharap, mereka hanya meminta agar pelanggan menjaga adab ketika makan di tempat kedai mereka.
Memiliki sebuah kedai makan yang terkenal dengan hidangan char kuey teow, brounclesyed membuka kedainya dan menerima kunjungan dari pelanggan.
Pada hari tersebut, kedai makannya beroperasi seperti biasa, tapi satu kejadian yang berlaku menyebabkannya berasa sangat kesal dengan sikap segelintir pelanggan yang datang makan di sana.
Bergerak untuk mengemaskan meja makan yang baru sahaja siap digunakan, lelaki tersebut berasa sangat kecewa apabila melihat keadaannya.
Kulit udang dan sisa makanan yang lain dibiarkan di atas meja bersepah, dia tak sangka masih wujud individu sebegini di zaman sekarang.
“Tak minta pun terus buang dalam tong sampah, letak dalam besen ke. Cuma minta tolong jangan buat macam ni je. Kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah Allah mudahkan urusan kita.”, nasihatnya.
@ayamgepukbudiono Tak semua orang macam ni , cuma segelintir saje 🥲 #fyp #foryou #fypsatukali #tiktokmalaysia
@brounclesyed Tak semua orang macam ni , cuma segelintir saje 🥲 #fyp #foryou #fypsatukali #tiktokmalaysia ♬ suara asli – gabut woi
Di ruangan komen, orang ramai turut kesal dengan segelintir pelanggan yang turut mempunyai sikap sebegini.
Ada juga yang memahami situasi tersebut dan menjadikan amalan membersih meja makan selepas digunakan.
“I sendiri tak bole tengok makanan tumpah atas meja ke apa sebab nampak kotor. Kalau makan dengan adik-adik or anak saudara i pun i akan tegur or minta extra plate dari waiter.”, jelas pengguna emma.
Memang tugas-tugas pembersihan sudah menjadi tanggungjawab pihak kedai tapi apa salahnya jika sebelum meninggalkan kedai, pelanggan memastikan ia berada dalam keadaan bersih?
Ingat, sikap itu melambangkan keperibadian kita dan memberi tanggapan orang ramai terhadap diri kita.
Kredit: brounclesyed
Baca Juga: “Malu Dia..” – Riuh Mak Cik Nasi Lemak Tegur Penunggang Motosikal Gara-Gara..