Baru sahaja berlaku di Johor, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di negeri itu.
Hal itu menggemparkan ramai, terutamanya mereka yang terkesan dengan bencana tersebut. Dengan rumah dan harta benda rosak ekoran kejadian tersebut, orang ramai segera mendapatkan bantuan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Namun ketika ramai kecoh dan sedang mengharapkan bantuan, masih ada segelintir individu yang sempat lagi cuba menghiburkan ramai.
Terbaharu, keadaan rumah milik farism4n kelihatan sangat teruk setelah ia telah dilanda banjir kilat. Dengan air naik sehingga ke paras dada, seluruh keluarganya kelihatan panik.
Dalam kekalutan tersebut, masing-masing mencari barangan sebelum keluar meninggalkan rumah mereka. Walaupun begitu, lelaki itu terlalu dahaga sehingga perlu berhenti sekejap.
Melihat mesin penapis air Coway yang masih berfungsi, dia menghampirinya untuk mendapatkan minuman. Tanpa gelas, dia menadah mulut di bawah mesin itu dan meneguk air sejuk yang keluar.
Puas hati dapat melegakan dahaga, dia sambung minum tapi perbuatannya diketahui oleh gadis bersamanya. Melihat gelagatnya, gadis itu terus menepuk dahinya supaya dia fokus kembali pada situasi mereka.
@farism4n Hausssssssssssssssss bestie
@farism4nHausssssssssssssssss bestie
Meskipun banjir kilat dan keadaan lelaki itu merisaukan orang ramai, mereka terhibur pula melihat gelagatnya yang sempat lagi memuat naik konten sebegitu ketika orang lain tengah panik.
“Ya Allah tak jadi sedih sekejap. Semoga dipermudahkan urusan.”, ujar pengguna dianmawar.
Situasi banjir kilat yang baru sahaja melanda Johor sangat membuat orang ramai berasa bimbang dan bersimpati dengan nasib mangsa. Tentunya ada yang sangat dahaga dan terputus sumber minuman bersih. Nasib baik lelaki itu sempat juga menemui mesin air Coway itu.
Ketepikan hiburan sekejap, pihak Daily Makan berharap mangsa-mangsa ditempatkan di tempat yang selamat dan mendapat bantuan yang diperlukan ketika menghadapi bencana ini.
Kredit: farism4n
Baca Juga: Peniaga Luah Rasa Kesal Tengok Keadaan Meja Makan Yang Dibiar Pelanggan. Rayu Untuk Ubah Sikap