Selain tanaman halia yang tumbuh subur di rumah, pokok kesum juga adalah antara pokok yang senang diijaga dan ditanam di rumah. Ia boleh dilakukan melalui kaedah rendaman air saja tau.
Cara ini memang lagi mudah, malah pokok kesum akan subur merimbun jika dijaga dengan betul. Disebabkan mudah, ramai yang cuba tanam melalui kaedah ini.
Tapi masalah yang kerap dihadapi bila tanam dalam air adalah lama kelamaan daunnya mula menguning dan gugur hingga akhirnya layu dan mati. Sudahnya, kita pun kecewa. Jom kita rujuk tip yang dikongsi Nur Izzah Mahmud ni. Nampak hasil tanamannya memang subur dan akar pun meriah!
Inilah hasil pokok kesum yang direndam dan dipindahkan ke pasu selepas banyak akar!
Pokok kena selalu kerat atau trim. Tinggalkan sejengkal dari pasu/ botol saja. Bila pokok kesum sudah tinggi, dan keluar bunga itu tanda pokok sudah tua. Jika tak dikerat atau trim, ia tidak bercambah, kuning dan lama kelamaan pokok layu dan mati.
Semoga perkongsian tips tanam pokok kesum dalam rendaman air ini bermanfaat, selamat mencuba!
Sumber: Nur Izzah Mahmud
Baca juga: Guna Sisa Makanan Untuk Suburkan Tanah Tanaman, Tak Membazir Dan Berkesan, Ini Caranya