Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Order Di The Chicken Rice Shop Tapi Minta Dengan Staff KFC, Gelagat Pelanggan Ini Buat Rider Pening

Order Di The Chicken Rice Shop Tapi Minta Dengan Staff KFC, Gelagat Pelanggan Ini Buat Rider Pening

Kategori:
minta dengan staff kfc

Pekerjaan sebagai seorang rider sangat membantu orang ramai, terutamanya anak muda, untuk menjana pendapatan sampingan. Waktu yang fleksible serta upahnya menarik minat. Namun, ia tidaklah semudah seperti yang disangka.

Terdapat pelbagai cabarannya juga; selain risiko yang besar di jalan raya, para rider juga perlu menghadapi kerenah pelanggan yang boleh memeningkan kepala. Nama pun pelanggan, ada yang mudah berurusan, ada pula yang sebaliknya.

Order Di The Chicken Rice Shop Tapi Minta Dengan Staff KFC, Gelagat Pelanggan Ini Buat Rider Pening

Menerima satu pesanan di restoran The Chicken Rice Shop dari seorang pelanggan, rider saffnz bersiap sedia untuk mengambil pesanan tersebut setelah ia siap disediakan oleh pihak restoran.

Seperti selalu, dia akan memeriksa pesanan menerusi aplikasi tersebut untuk melihat nota yang ditinggalkan pelanggan. Hal ini bagi memastikan dia tidak terlepas apa-apa permintaan tertentu yang ditinggalkan mereka. minta dengan staff kfc

Memeriksa di bahagian nota, dia berasa hairan membaca pesanan yang ditinggalkan pelanggan tersebut. Pesan di The Chicken Rice Shop tapi kenapa minta dengan pekerja KFC?

“Salam boss, boleh tolong request dengan staff KFC set ni nak dua-dua coleslaw? whipped potato tak nak, dan tak nak kepak. Terima kasih banyak ye. Tidak perlu kutleri (sudu/ garfu/pisau).”, ulas nota tersebut. minta dengan staff kfc

Membaca nota tersebut, rider itu sehingga pening kepala dan tak tahu bagaimana untuk menunaikannya memandangkan pelanggan telah melakukan pesanan di The Chicken Rice Shop, bukannya KFC.

https://www.tiktok.com/@saffnz/video/7130559858490739994?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@saffnz Banyak pening 😶 #grabfood #grab #phailing ♬ original sound – Nizam AmasTech

Menjengah di ruangan komen video tersebut yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut keliru membaca nota yang telah ditinggalkan. Menurut pengguna khairun nusa, mungkin dia lupa untuk mengemaskini nota sebelum ini.

Nota Pelanggan Turut Buat Ramai Pening minta dengan staff kfc

Pecah kepala kadang-kadang bila melihat gelagat pelanggan. Kalau tak tunaikan nanti mesti kena rating rendah. Akhirnya si rider hanya perlu hadap sahaja perkara tersebut.

Sabar sahajalah bang, memang manusia ini datang dengan pelbagai ragam. Yang penting kita buat kerja sebaik mungkin.

Kredit: saffnz

Baca Juga: Terpaksa Makan Cakung Gara-Gara Tak Cukup Kerusi Di Majlis Kenduri, Tetamu Tetap Tenang & Berselera

tags: | | | | |