Semenjak dilancarkan pada tahun 2016, laman TikTok menjadi antara aplikasi tersohor dan membenarkan orang ramai berkongsi video pendek menerusi akaun masing-masing.
Dahulu TikTok mendapat reputasi yang kurang baik di kalangan masyarakat tapi setelah ditambahbaik, ia boleh dijadikan laman perkongsian ilmu yang bagus. Ramai juga yang dapat meraih populariti di laman tersebut, tak perlu susah-susah jadi artis atau selebriti, bila dah ada pengikut TikTok, setiap yang dilakukan menjadi minat ramai.
Malah, seorang gadis ini berjaya meraih populariti menerusi di laman TikTok sehingga diminta untuk berkongsi video masakan. Namun, permintaan penonton itu berat ditunaikan. Ikuti sebabnya di bawah.
Terbaharu, gadis yang dikenali sebagai ilafzli._ selalu berkongsi video santai, memaparkan wajahnya sambil menggerakkan bibir pada lirik lagu latar. Videonya berjaya meraih beberapa pengikut setia yang terhibur dengan gelagatnya.
Sekadar untuk mengubah citarasa, salah seorang peminatnya pernah meninggalkan komen untuk memohon video masakan darinya. “Akak buat lah satu video masak. Saya teringin nak tengok akak masak.”, minta Hafiq_Hadziq.
Gadis itu pertimbangkannya tapi agak keberatan untuk menunaikan permintaan tersebut. Tapi kerana tidak mahu mengecewakan, dia bersetuju dan berkongsi cara dia menggoreng di dapur.
Namun begitu, sudip yang digunakan membuatnya berasa malu kerana telah bengkok. Ada sebab dia tetap memuat naik video itu walaupun dengan peralatan yang lusuh.
“Ni baru akak buat suito viral je tau dik, kalau akak masak benda lain, entah kuali yang patah. Kau mintak masak-masak dah tau. Sedih akak!”, jelasnya.\
@ilafzli._ Replying to @Hafiq_Hadziq ni baru akak buat suito viral je tau dik , kalau akak msak bnda lain ntah kuali yang patah😂 kau jgn mintk masak masak dh tau sedih akak 🥲
@ilafzli._ Replying to @Hafiq_Hadziq ♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa
Menjengah di ruangan komen, orang ramai terkejut melihat sudip yang digunakan wanita itu. Mungkin terlalu ganas semasa memasak di dapur, ada juga yang gerun.
Lain kali kena berhati-hati kalau meminta sesuatu. Ada sebab mengapa segelintir orang tak suka tunjuk cara dia memasak. Bukan sebab malu atau takut dikecam, tapi sebab peralatan yang digunakan memang nyawa-nyawa ikan dah. Nanti tak pasal-pasal terkejut pula bila korang melihatnya.
Kredit: ilafzli._
Baca Juga: Terkejut Tengok Telur Ayam Jadi Ais, Wanita Ini Terus Tak Jadi Goreng. Rupanya Ini Punca..