Jika dilihat dahulu, suasana pasar akan sentiasa kelihatan meriah dengan begitu ramai pelanggan. Mereka ke sana bagi mendapatkan pelbagai barangan dan bahan mentah segar pada harga yang murah dan berpatutan.
Namun sekarang, lain pula ceritanya. Semenjak akhir-akhir ini, orang ramai semakin kurang mengunjungi ke pasar bagi tujuan membeli. Lelaki ini berkongsi suasana sebuah pasar di Terengganu yang kelihatan suram.
Mengoperasikan sebuah gerai di Pasar Dungun, seorang peniaga yang dikenali sebagai muslihin_ahmad di laman TikTok akan ke pasar tersebut setiap hari bagi menjual makanan laut yang segar.
Walaupun begitu, dia berasa sangat sedih apabila melihat suasana yang suram di pasar tersebut.
Semakin hari, pelanggan yang mengunjungi ke sana semakin berkurangan dan tidak semeriah seperti dahulu. Jika dilihat pada video tersebut, hanya beberapa orang pelanggan sahaja yang sedang memantau jualan peniaga di sana.
Tambahnya, dia hanya mampu untuk berdoa buat dirinya dan rakan peniaga di sana supaya dalam kekecewaan dan kegusaran yang sedang dihadapi sekarang; masih terselit rezeki buat mereka. Amin.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang melihat video itu menjelaskan mengapa ramai yang sudah tidak mengunjungi ke pasar. Antara faktor utama adalah harga barangan yang semakin mahal.
“Pasar jual mahal. Baik beli pasaraya, mudah sikit.”, jelas pengguna bugis tersisih.
Selain itu, ada juga netizen yang memberi peniaga itu semangat dan teruskan usahanya mencari rezeki yang Halal. Ketika ini, memang ramai peniaga yang terkesan tapi yang penting terus berusaha dan berdoa pada Tuhan agar segalanya dipermudahkan.
Semoga semuanya dipermudahkan buat semua peniaga tempatan. Sebagai pembeli, apa salahnya kita ke pasar dan membeli jualan mereka? Dengan cara itu, kita dapat membantu mereka mencari rezeki dan meneruskan perniagaan mereka.
Kredit: muslihin_ahmad
Baca Juga: Atap Gerai Tumbang Akibat Angin Kencang, Lelaki Ini Buat Tak Layan & Tetap Selamba Makan