Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Bawang Lebihan Selalu Layu & Terpaksa Buang? Ikut Tips Ini Supaya Kekal Elok Hingga 4 Hari

Bawang Lebihan Selalu Layu & Terpaksa Buang? Ikut Tips Ini Supaya Kekal Elok Hingga 4 Hari

Kategori: ,
bawang lebihan

Bawang merupakan bahan dapur yang wajib ada di dapur. Tak kiralah apa jenis; bawang putih, bawang besar atau bawang merah, ia boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan mampu menyedapkan mana-mana hidangan. Kalau tak ada, rasa tak lengkap.

Namun seperti mana-mana sayuran, ia akan cepat layu, terutamanya selepas kulitnya dikupas dan permukaannya terdedah pada udara dan persekitaran. Hal itu menyebabkan ia sudah tidak sesuai untuk digunakan dan terpaksa dibuang.

Dari membazir, apa kata anda cuba tips ini yang telah dikongsikan rey_ana32 supaya bawang lebihan kekal segar dan elok hingga 4 hari.

Bawang Lebihan Selalu Layu & Terpaksa Buang? Ikut Tips Ini Supaya Kekal Segar Elok Hingga 4 Hari

Selepas memasak, kadang-kadang kita akan sentiasa ada bawang lebihan yang tidak akan digunakan. Selepas itu, kita terus akan menyimpannya ke dalam peti ais untuk diguna kemudian. bawang lebihan

Walaupun begitu, ia akan cepat layu dan mengecut dan akhirnya terpaksa dibuang kerana sudah tidak segar. Dari selalu membazir, anda wajib ikuti tips mudah yang dikongsikan ini. bawang lebihan

Ambil bawang lebihan terdedah itu dan sapukan sedikit marjerin pada permukaan bawang tersebut yang terdedah. Terus boleh simpan ke dalam peti ais selama 3 hingga 4 hari, takkan layu! Mudah sangat, kan? bawang lebihan

@cikrey_ana32

Selalu bawang lebih jer kita buang or terus simpan peti ais. Lepas tu layu kan? Kita jangan bazir okay? Try this tips. Proven with excellent result ♥️ #fyp #fypage #fypシ゚viral #foodie #periuk #kitchenhacks #dapur #makan #tips #dinnerwithme

♬ Pop x Ojo Dibandingke – Ananta Vinnie

@rey_ana32 Selalu bawang lebih jer kita buang or terus simpan peti ais. Lepas tu layu kan? Kita jangan bazir okay? Try this tips. Proven with excellent result ♥️ #fyp #fypage #fypシ゚viral #foodie #periuk #kitchenhacks #dapur #makan #tips #dinnerwithme ♬ Pop x Ojo Dibandingke – anantavinnie

Tips ini mungkin sesuatu yang baru, mungkin juga tidak tapi tak salah untuk anda mencubanya. Memang menjadi dan tak perlulah anda membazir dengan membuang bawang lebihan itu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda.

Kredit: rey_ana32

Baca Juga: Cara Betul Tanam Pokok Pudina Supaya Tumbuh Cantik & Mekar, Ramai Yang Tak Tahu

tags: | | |