Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Berkesan Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari, 5 Minit Je Terus Hilang!

Petua Berkesan Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari, 5 Minit Je Terus Hilang!

Kategori: ,
petua hilangkan bau hancing ikan pari

Ikan Pari merupakan ikan hidupan air masin dan air tawar yang memiliki lebih enam ratus spesis di dunia ini. Bertaburan di perairan air tawar dan air masin, ikan ini berbadan nipis atau datar. Menurut Wikipedia, ikan pari ini merupakan saudara ikan jerung.

Apa yang menariknya mengenai ikan pari ini adalah ikan ini tidak mengugat keselamatan manusia dengan mulut. Namun begitu, pada bahagian ekornya terdapat satu senjata yang sangat tajam. Apabila senjata tersebut menyengat pemangsa atau manusia, kesannya adalah sangat hebat dan sakit.

Seperti ikan lain, ikan ini juga boleh dimakan. Antara hidangan yang sangat enak dengan menggunakan ikan pari ini adalah Asam Pedas Ikan Pari, Ikan Pari Bakar dan Ikan Pari Masak Lemak.

Akan tetapi, terdapat ikan pari yang berbau hancing dan menyebabkan ramai dalam kalangan kita hilang selera untuk makan apabila terbaunya. Hancing ikan pari ini bukan biasa-biasa tau, baunya sangat kuat sehingga kadangkala ada yang lebih sangat membuangnya daripada makan.

Namun ada petua berkesan untuk hilangkan bau hancing ikan pari ini, petua ini telah dikongsikan oleh Faizah Husin menerusi group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Petua tersebut sangat mudah, menggunakan bahan yang sedia ada sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Jom kita ikuti perkongsian tersebut. 

Petua Berkesan Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari, 5 Minit Je Terus Hilang!

Assalamualaikum. Saya nk share petua untuk hilangkan bau hancing ikan pari.

Ikan pari dah siang cuci dengan garam, bilas, rendam air beras dan cuci lagi. Akhir sekali rendam dengan air kapur dalam 1 sudu besar dalam 5 minit.

Cuci bersih lihat buih-buih hancing akan keluar semua. Ikan jadi bersih. Selamat mencuba.

Mudah sahaja kan cara hilangkan bau hancing ikan pari ini? Apabila dah cuci, pasti hendak masak pula kan? Jadi apa kata kita masak Asam Pedas Ikan Pari, untuk resepi jom rujuk di bawah ini.

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Original Johor

Bahan-bahan:

  • 1 kg Ikan Pari
  • 20 tangkai @cili kering direbus *
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 Biji Bawang Besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2  inci kunyit hidup*
  • 2  inci halia*
  • Sedikit belacan*
  • 1 sudu lada hitam ( ditumbuk)
  • 10 tangkai daun kesum
  •  Bendi ( terpulang nk byk mana)
  • 1 batang bunga kantan ( belah 2 ) ( kalau ada stok letak kalau xda tkpe terpulang,  sy biasa xletak pom kalau xda stok)
  • 1 cawan air asam jawa
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan Yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak (minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau, biar betul-betul pecah minyak ye.
  3. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikan pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jangan cair ye biar pekat-pekat sikit, tapi jangan pekat sangat, agak-agak lah ye.
  4. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecilkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari masak.
  5. Akhir sekali masukkan bendi, tak payah lama sangat nanti bendi lembek. Dah agak-agak lembut bendi boleh tutup api.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak masak ikan pari ini? Apabila bau hancing ikan pari tersebut sudah hilang, terus masak asam pedas. Bukan sahaja bau hancing hilang, perut pun kenyang bila dapat makan.

Semoga bermanfaat & selamat mencuba! 

Baca juga: Makan Nasi Tapi Nak Lebih Sihat? Ini Cara Masak Nasi Buang Kanji, Cara Begini Lebih Menyihatkan!

tags: | | |