Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Inflasi Malaysia Melonjak 4.4%, Peningkatan Indeks Makanan Jadi Penyumbang Utama

Inflasi Malaysia Melonjak 4.4%, Peningkatan Indeks Makanan Jadi Penyumbang Utama

Kategori: ,
Inflasi Malaysia

Kadar inflasi atau kenaikan harga barangan di Malaysia dijangka kekal tinggi berikutan beberapa faktor pendorong kenaikan kos.

Menurut Bernama, Inflasi Malaysia meningkat 4.4% kepada 127.9% pada julai 2022 berbanding 122.5% pada bulan yang sama pada tahun sebelumnya, kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Indeks Makanan Meningkat 6.9% Kekal Jadi Penyumbang Utama Kepada Kenaikan Inflasi

“Peningkatan inflasi Malaysia pada bulan itu turut disebabkan oleh kesan asas yang lebih rendah pada tahun lalu berikutan pemberian diskaun bil elektrik dari 5% hingga 40%.

“Ia mengikut jumlah penggunaan kepada pengguna domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Julai hingga September 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat item makanan yang menunjukkan momentum peningkatan yang lebih perlahan berbanding Jun 2022. Antaranya ialah subkumpulan Ikan dan Makanan Laut (4.2 %) dan Sayur-sayuran (7.1 %).

Selain daripada kumpulan Makanan, Mohd Uzir berkata kesemua kumpulan lain juga terus merekodkan peningkatan kecuali Komunikasi yang kekal tidak berubah berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Inflasi Malaysia

Restoran dan Hotel meningkat 5.8% diikuti Pengangkutan (5.6 %); Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (4.0 %) serta Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (3.8 %).

Sementara itu, Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 2.5%. Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (2.1%) dan Pendidikan (1.2 %).

Inflasi Januari Hingga Julai 2022 Meningkat 2.8% Berbanding Tempoh Sama Tahun Sebelumnya

Inflasi Malaysia

Bagi perbandingan bulanan, inflasi meningkat 0.4% berbanding Jun 2022.

Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh Restoran dan Hotel (0.8%) serta Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (0.7%). Ini diikuti Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (0.6%) dan Pengangkutan (0.5%).

Inflasi teras dan inflasi tanpa bahan api, masing-masing mencatatkan peningkatan 3.4% dan 4.2% pada Julai 2022 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Kesemua negeri menunjukkan peningkatan dalam inflasi dengan tiga negeri meningkat melepasi paras inflasi nasional 4.4%.

Sumber: Bernama

Baca juga: “Walau Kami Peniaga Kecilan, Kami Juga Punya Hati..” Peniaga Luah Rasa Kesal, Pelanggan Campak Duit Masa Bayar

tags: | |