Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Keluarkan Aiskrim Nasi Lemak & Boba Gula Melaka, Airasia’s Santan Sambut Merdeka Dengan 2 Pencuci Mulut Menarik

Keluarkan Aiskrim Nasi Lemak & Boba Gula Melaka, Airasia’s Santan Sambut Merdeka Dengan 2 Pencuci Mulut Menarik

Kategori: ,
Aiskrim Nasi Lemak

Nasi Lemak sudah menjadi hidangan kesukaan semua rakyat Malaysia. Malah popularitinya berjaya mendapat tempat di hati penduduk luar negara. Sedar akan hal itu, pihak syarikat penerbangan termuka; AirAsia ingin memperkenalkannya pada penumpang dengan memperkenalkan Santan.

Semenjak pembukaannya pada 2015, AirAsia Santan berjaya mengubah persepsi ramai dan memberi pengalaman baru pada penumpang kapal terbang.

Walaupun dengan pelbagai hidangan seperti Nasi Ayam Uncle Chin dan Rendang Ayam bersama Nasi Basmathi, tidak dinafikan bahawa Nasi Lemak Pak Nasser tetap menjadi kegemaran semua sehingga AirAsia’s Santan mampu mengembangkan hidangan itu dan menyuntingnya untuk memberi twist yang unik.

Keluarkan Aiskrim Nasi Lemak Dan Boba Gula Melaka, Airasia’s Santan Sambut Merdeka Dengan 2 Pencuci Mulut Menarik

Jika sebelum ini Santan pernah memperkenalkan Nasi Lemak On-The-Go yang mempunyai pembungkusan lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana dan sesuai bagi mereka yang selalu tergesa-gesa, kini mereka mengeluarkan sesuatu yang lebih unik iaitu aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aksrim Boba Gula Melaka. Aiskrim Nasi Lemak

Malah, ini bukanlah pertama kali aiskrim yang unik itu diperkenalkan. Pada tahun 2020, ia dilancarkan dan mendapat perhatian ramai; khususnya di kalangan penggemar Nasi Lemak yang tertarik untuk mencubanya.

Atas permintaan ramai, Santan sekali lagi melancarkan aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aiskrim Boba Gula Melaka pada harga RM4.50 sahaja untuk satu cawan. Aiskrim Nasi Lemak

Mulai sekarang hingga 16 September 2022, anda juga boleh cuba kombo ’65 Merdeka Special’ yang mempunyai satu hidangan Nasi Lemak On-The-Go, segelas minuman Pandan Cooler dan satu hidangan aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser atau aiskrim Boba Gula Melaka dengan harga RM6.50 sahaja.

Kedua-Dua Aiskrim Menggunakan Bahan-Bahan Bermutu Tinggi

Tambah Pengurus Besar airasia’s Santan, Catherine Goh, Santan mementingkan kualiti dan sentiasa menggunakan ramuan yang bermutu tinggi.  Aiskrim Nasi Lemak

“Nasi Lemak adalah hidangan kegemaran rakyat Malaysia dan merupakan antara hidangan yang melambangkan keindahan budaya negara kita. Kami ingin menyajikan hidangan kebangsaan ini dengan sedikit kelainan dengan sentuhan manisan klasik. Dengan setiap suapan, anda akan dapat merasai adunan istimewa aiskrim berperisa santan, dicampur pula dengan keunikan rasa sambal istimewa kami. Aiskrim berperisa Boba Gula Melaka baharukami juga diperbuat daripada aiskrim yang sama dengan sos gula melaka premium dan boba yang dibuat sendiri. Kami berharap rakyat Malaysia boleh mencuba sendiri pencuci mulut ini yang sempurna untuk semua hidangan.” Aiskrim Nasi LemakAiskrim Nasi Lemak Aiskrim Nasi Lemak

Jelas pengenalan aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan Boba Gula Melaka ini menjadi salah satu inisiatif pihak airasia’s Santan untuk meluaskan lagi hidangan kebanggaan negara.

Kredit: airasia Santan

Baca Juga: Hanya Perlu 6 Bulan Untuk Kuasai Bahasa Malaysia, Mat Salleh Ini Pilih Untuk Tinggal Di Sini Sambil Jual Langos Hingga Laku Keras

tags: | | | |