Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Makan Auto Tersandar..” – Pergi Makan Di Restoran Ramly, Lelaki Ini Tinggal Review Jujur

“Makan Auto Tersandar..” – Pergi Makan Di Restoran Ramly, Lelaki Ini Tinggal Review Jujur

Kategori:
pergi makan di restoran ramly

Syarikat makanan sejuk beku tersohor, Ramly bukanlah jenama yang asing di kalangan rakyat Malaysia. Semenjak permulaannya pada tahun 1984, ia telah menunjukkan kemajuan yang menakjubkan dan menjadi antara jenama yang dipercayai.

Selain dari pelbagai produk makanan sejuk beku seperti daging burger, nugget, sosej dan sebagainya, syarikat Ramly turut mempunyai beberapa cawangan restoran Ramly yang menghidangkan pelbagai makanan segera serta lokal. Yang ni ramai tak tahu!

Belum pernah dicuba, seorang lelaki ini pergi mengunjungi ke salah satu cawangan restoran Ramly untuk melakukan ulasan. Jom baca untuk ketahui pendapatnya.

“Makan Auto Tersandar..” – Pergi Makan Di Restoran Ramly, Lelaki Ini Tinggal Review Jujur

Menemui restoran Ramly ketika sedang bersiar-siar, seorang lelaki jesteruddin, berminat untuk mencuba beberapa makanan dari restoran tersebut.

Jika sebelum ini, dia menyangka bahawa burger Ramly hanya dijual di tepi jalan tapi tak sangka pula syarikat tersebut turut mempunyai beberapa cawangan restoran yang menyajikan makanan segera serta beberapa menu lokal.

pergi makan di restoran ramly

 

Berminat, dia memesan sebiji burger bersama kentang goreng untuk dicuba. Setelah itu, dia tak sangka pula burger dari restoran itu lebih sedap berbanding yang dijual di gerai tepi jalan yang sememangnya sudah enak.

pergi makan di restoran ramly

pergi makan di restoran ramly

 

“Sedap pun sedap, murah pulak. Tak support lagi tak tau la. Patti besar dari patti Burger Ramly tepi jalan.” ulasnya. Jelas harga yang murah serta saiz burger yang besar dan berbaloi membuatnya berasa sangat berpuas hati sehingga dia menggesa ramai untuk datang memberi sokongan.

Di ruangan komen, orang ramai yang pernah mencuba restoran Ramly turut meninggalkan ulasan jujur masing-masing, rata-rata positif.

“Serious Burger Ramly direct dari cawangan dia sumpah sedap kena pulak dengan air Mango dia, perghhhh rindu sia! lejat dan bergiji.” cerita pengguna ash too.

Makanan Semua Sedap, Ramai Yang Sarankan

pergi makan di restoran ramly

Belum cuba lagi pelbagai makanan dan minuman di restoran Ramly? Tunggu apa lagi? Memang sedap! Macam-macam yang anda boleh cuba. Selain burger, mereka turut menyediakan Nasi Serai bersama Ayam Grill, Chicken Chop, Fish ‘n Chips dan banyak lagi. Harga pun sangat berpatutan, rugi tak cuba.

Kredit: jesteruddin

Baca Juga: “Dompet Ada Tapi Kosong..” – Wanita Luah Rasa Sedih, Nak Beli Makanan Tapi Tak Cukup Duit

tags: | | |