Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jumpa Pengemis Di Pasar Tani, Wanita Ini & Anak Kesian, Pilih Untuk Beri Nasi Ayam Sebagai Sedekah

Jumpa Pengemis Di Pasar Tani, Wanita Ini & Anak Kesian, Pilih Untuk Beri Nasi Ayam Sebagai Sedekah

Kategori:
beri nasi ayam

Perjalanan dan kisah hidup setiap insan tidak semestinya sama. Ada yang hidup dengan penuh kesenangan, ada pula yang kurang bernasib baik. Setiap daripada kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan berbeza.

Oleh itu, kita perlu mengajar diri tentang erti syukur kerana masih ramai di luar sana yang hidup dalam kesusahan sehingga perlu menggemis untuk mendapatkan sesuap nasi.

Jika melihat golongan penggemis di sekitar tepi jalan, apa salahnya jika kita menghulurkan sedikit bantuan? Jika tak mampu untuk memberi wang ringgit, jadilah seperti wanita ini dan anaknya yang memilih untuk bersedekah dengan cara yang lain.

Jumpa Pengemis Di Pasar Tani, Wanita Ini Dan Anak Kesian, Pilih Untuk Beri Nasi Ayam Sebagai Sedekah

Sudah menjadi satu rutin buat hany101195 dan anak perempuannya, mereka akan ke sebuah pasar tani pada tiap minggu bagi mencari makanan dan minuman untuk dibeli.

Setiap kali ke sana, kelibat seorang pengemis tua di tepi jalan akan menarik perhatian mereka. Nasib warga emas itu membuatnya berasa simpati namun apakah daya, dia juga tidak begitu senang untuk memberi lebih.  beri nasi ayam

Untuk meringankan beban pengemis itu, dia dan anak ke sebuah gerai yang menjual Nasi Ayam untuk membeli sebungkus. Mengajar anaknya untuk bersedekah dan memberi, mereka menuju ke arah pengemis tersebut. beri nasi ayam beri nasi ayam

Dia juga menyuruh anaknya untuk memberikan bungkusan Nasi Ayam itu lalu berlalu pergi, tidak mengharapkan sebarang terima kasih kerana sudah berpuas hati dapat bersedekah pada pengemis itu. beri nasi ayam

Walaupun tidak mampu memberi wang ratusan ringgit, namun mereka sudah berpuas hati, sekurang-kurangnya dapat mengalas perut pengemis tua itu yang sedang kosong.

@hany101195 #orangbaikramaisayang #sayangpakcik #sedekahituindah #fyplahh #janganlupabersyukur ♬ DANDELIONS – RASYAA

Menjengah di ruangan komen, orang ramai terharu dengan tindakan wanita itu dan anak, memuji sikap bersedekah mereka yang boleh menjadi contoh yang baik untuk semua.

Sikap Yang Baik, Dapat Pujian Dari Ramai beri nasi ayam

Bersedekah ada pelbagai cara, dengan memberi makanan juga kita mampu melakukan kebaikan. Semoga tindakan mereka menjadi contoh yang baik buat kita semua.

Kredit: hany101195

Baca Juga: “Makan Auto Tersandar..” – Pergi Makan Di Restoran Ramly, Lelaki Ini Tinggal Review Jujur

tags: | | |