Nasi kukus merupakan antara nasi yang cukup popular dalam masyarakat kita pada hari ini. Seperti biasa, nasi yang dikukus dimakan bersama dengan ayam goreng dan kuah gulai sebagai lauk, menu ini selalu menjadi makanan ketika waktu tengah hari.
Ramai yang berniaga nasi kukus ini dan pastinya ramai juga dalam kalangan kita yang menggemari. Namun berkenaan dengan nasi kukus ini, ada sebuah kisah sedih yang sempat dikongsikan oleh seorang peniaga nasi kukus menerusi aplikasi TikTok.
Peniaga nasi kukus yang dikenali dengan nama paajieraa menerusi aplikasi TikToknya, sempat berkongsi cerita sedih berkenaan dengan seorang ibu yang sedang hamil.
Ibu hamil berkenaan telah mengunjungi gerainya untuk membeli nasi jualannya namun ibu tersebut datang dalam keadaan sedih. Melihat ibu hamil berkenaan dalam keadaan sebegitu, paajieraa kemudiannya bertanya, sudah berapa bulan lalu ibu berkenaan menjawab tunggu hari sahaja.
Dia kemudian bertanya lagi, apakah ibu berkenaan okey atau pun tidak. Kemudian ibu hamil berkenaan menjawab dia okey sahaja cuma dia teringin nak makan nasi kukus tetapi dimarahi suaminya, suaminya itu meminta dia berjimat. Memandangkan banyak duit nak guna untuk bersalin nanti.
“Ada sorang cust bumil (ibu hamil) turun dari moto sambil pegang perut cakap nak nasi kukus ayam berempah 1. Sambil buat order saya perasan bumil tu macam nangis. Saya pun tanya la berapa bulan kak dan dia jawab “tunggu hari ja nak beranak ni dik””.
“Sambil borak-borak saya tanya, “akak okey tak ni?”. Aku tu cakap “kak okey ja cuma kak teringin nak makan nasi kukus tapi husband suruh jimat sebab katanya nak guna banyak duit untuk bersalin ni, anda husband akak marah. Tapi akak teringin sangat dik, sepanjang mengandung ni, ini lah benda first yang akak teringin dan akak dapat”, tulis paajiera menerusi video tersebut.
Mendengar luahan ibu hamil tersebut, paajiera tidak dapat menahan sedih dan memberikan akak tersebut dua bungkus nasi tersebut secara percuma.
“Air mata aku ni tak dapat tahan macam nak keluar kat situ jugak! Tapi aku tahan ja. Sebaknya rasa bini kita dah penat dan tahan sakit mengandungkan zuriat, tapi dapat layanan yang macam tu. Saya rasa mungkin rezeki berpihak dekat akak hari ni. So saya belanja dia nasi kukus untuk dia and husband dia”.
Ekoran diberikan nasi tersebut secara percuma, wanita hamil tersebut tidak henti-henti mengucapkan terima kasih dan suami wanita berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepadanya.
https://www.tiktok.com/@paajieraa/video/7138215464995441946?_d=e1h5hg0eel3a99&_r=1&is_from_webapp=v1&item_id=7138215464995441946&language=en&mid=7069006696118504219&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAUGL3iF8p65Wtc7-VL31-Y2xsH-gTOLJ-5EcxjxWhNp_FYiGQ4AWIkjDD9vm0fPZL&share_app_id=1180&share_iid=7120923939694642971&share_item_id=7138215464995441946&share_link_id=a6b8894b-31d7-49a3-82b9-c946aef0e5cb&source=h5_t×tamp=1662016012&u_code=dh6lbfdc0609ma&ugbiz_name=Main&user_id=6931629169186292737&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram
@paajieraa Ringkas tapi mendalam 🥹 part2 untuk next video 🥲 #fyp #nasikukusayamberempah #bekwoh #perlis @Bekwoh Perlis ♬ suara asli – Penyair Emosian
Ekoran video tersebut, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada peniaga nasi ini kerana tidak lokek memberikan nasi kukus secara percuma kepada ibu hamil tersebut.
Namun semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada para suami di luar sana, hargailah isteri korang yang sanggup mengandungkan anak korang. Cubalah sebaik mungkin untuk menunaikan keinginan isteri dan jangan biarkan isteri korang bersedih macam ni.
Sumber: TikTok paajieraa
Baca juga: “Setahu Aku Itu Bukan Bulu Roma..”, Penemuan Bulu Dalam Nasi Kandar Menjadi Tanda Tanya Orang Ramai