Sekarang terdapat pelbagai jenis kerabu yang boleh dicuba. Kesemuanya sedap, sangat kena dengan selera orang Malaysia.
Kalau anda ingin mencuba kerabu yang baharu, cubalah kerabu kacang botol ini. Sambil ada lebihan kacang botol dalam peti, boleh lah guna dalam resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Anna di grup Masakan Terengganu.
Tukar Selera Pula, Jom Cuba Buat Kerabu Kacang Botol Yang Simple & Sedap Ini
Bahan-bahan
- Kacang botol
- 2 hingga 3 ekor ikan selayang rebus
- 6 hingga 7 biji bawang merah
- 1 hingga 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 2 hingga 3 batang serai
- Belacan
- 1 sudu lada hitam
- Nyor kulit hidup sebiji
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
Cara-caranya
- Tumbuk ikan selayang, bawang merah, bawang putih, halia, serai, belacan dan lada hitam dengan nyor.
- Selepas itu, ambil campuran yang ditumbuk tadi dan goreng atau sangai. Jangan sampai kering, kekal lembab.
- Tutup api dan sejukkan.
- Sambil itu, hiris kacang botol.
- Kemudian bila bahan yang digoreng tadi sudah sejuk, boleh campurkan dengan kacang botol tadi dan tambah garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa masing-masing.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Sudah siap kerabu kacang botol ini. Bagi penggemar ulam dan kerabu, hidangan ini anda perlu cuba sekarang. Walaupun nampak ringkas tapi sangat menyelerakan.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Puan Anna di grup Masakan Terengganu
Baca Juga: Resepi Sambal Goreng Jawa, Sedap Sangat Bila Makan Dengan Nasi Panas-Panas Sampai Tak Perasan Orang Lalu