Subway bukanlah jenama yang asing bagi peminat makanan segera. Lain dari yang lain, ia berjaya menonjolkan diri dengan menyediakan beberapa pilihan sandwich yang pelanggan boleh customize mengikut citarasa mereka. Oleh kerana keunikkan itu, ia sangat terkenal di kalangan orang ramai, terutamanya bagi mereka yang mahukan pilihan yang lebih sihat.
Selain dari sandwich, Subway juga ada menyediakan pilihan cookies sebagai pencuci mulut. Rasa dan tekstur biskut sangat disukai namun bagi mereka yang baru sahaja mencuba tentu akan berasa terkejut.
Hal tersebut berlaku apabila seorang gadis aidamysara0 telah memuat naik sebuah video di akaunnya, keliru dengan tekstur cookies yang dibeli di Subway. Barangkali pertama kali mencubanya, dia berasa pelik apabila biskut itu didapati mempunyai rasa yang lemau dan seperti sudah masuk angin.
Melihat video tersebut, seorang pekerja Subway, syafiqunil98 terus membalas dengan sebuah video yang telah dimuat naik di akaun peribadinya untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.
“Bukan kak. Okey la, aku jelaskan sikit. Cookies Subway ni, dia memang jenis chewy ataupun soft cookies. Cookies ni bukan satu jenis je. Korang pergi ke mana-mana kedai ke, mana-mana tempat pun, cookies ni ada banyak jenis.”, jelas pekerja itu.
Tambahnya lagi, “Macam kat Subway ni, kitaorang jual yang chewy ataupun soft cookies la, bukan hard cookies ataupun crunch cookies, crunchy ke semua apa bukan. So, jangan salah faham. Subway cookies ni dia ada cara dia sendiri, maybe kelainan, dia tak nak ikut yang sama sebab luar negara, memang suka makan jenis yang chewy. So, kalau korang nak, korang order lah ya. Jangan risau, ni bukan yang masuk angin, bukan lemau. Memang macam ni la cara dia. Memang gini lah.”
https://www.tiktok.com/@syafiqunil98/video/7139105956289350938?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@syafiqunil98 #stitch with @saraahh So jangan salah faham ye,klu korang jenis yg suka makan Hard cookies jangan carik cookies Subway sbb Subway punya Soft Cookies (Chewy)✌🏼#fypシ #sibudaksubway #fypmalaysia ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Pada mereka yang belum lagi cuba cookies Subway, mungkin akan terkejut dengan tekstur biskut itu yang sangat berbeza dari yang lain. Maklumlah orang Malaysia ini belum lagi biasakan diri dengan tekstur chewy. Mereka lebih sukakan tekstur yang ranggup jadi memang terkejut bila pertama kali mencubanya tapi lama kelamaan tentu akan suka.
Kredit: aidamysarao, syafiqunil98