Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 1 Tahun Kehilangan Ayah, Adik Kecil Ini Gigih Tolong Ibu Di Kedai Makan Sambil Jaga Adik

1 Tahun Kehilangan Ayah, Adik Kecil Ini Gigih Tolong Ibu Di Kedai Makan Sambil Jaga Adik

Kategori:
Gigih Tolong Ibu Di Kedai Makan

Kisah hidup setiap insan berbeza-beza. Hakikatnya tak semua dari kita beruntung dan dapat menjalani kehidupan yang penuh dengan kesenangan. Ramai di antara kita sudah diuji semenjak kecil lagi.

Di usia yang masih muda, ketika kanak-kanak lain sedang bermain di luar bersama kawan-kawan dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran, ada juga segelintir yang terpaksa berkerja kerana perlu memikul tanggungjawab yang sangat besar.

1 Tahun Kehilangan Ayah, Adik Kecil Ini Gigih Tolong Ibu Di Kedai Makan Sambil Jaga Adik

Nasib sebegitu menimpa seorang adik kecil yang dikenali anassidiqi26. Mengunjungi sebuah kedai makan untuk makan, dia melihat kelibat kanak-kanak itu sedang gigih bantu menggoreng di kedai milik ibunya.

Tersentuh melihat adik itu berusaha keras membantu ibunya demi mencari rezeki buat keluarga, lelaki itu turut memuji sikap rajinnya, sama seperti arwah ayah mereka. Sambil dia berkerja juga, adiknya akan tunggu berhampiran supaya mudah dijaga.  Gigih Tolong Ibu Di Kedai Makan

“Ayah depa baru ja meninggal tahun lepas bulan sembilan, hebat anak kamu wahai ayah, rajin macam ayah depa, tolong ibu. Moga dipermudahkan segala urusan mereka bertiga. Mai lah kedai depa kat depan Sakan Kemunting Taipin, Bihun Sup Cik Intan.” tambahnya. Gigih Tolong Ibu Di Kedai Makan

@anassidqi26

Hat depan adik, hat belakang abang, ayah depa baru ja meninggal tahun lepas bulan 9, hebat anak kamu wahai ayah, rajin macam ayah depa, tolong ibu, moga dipermudahkan segala urusan mereka bertiga. Mai lah kedai depa kt depan sakan kemunting taiping, bihun sup cik intan. #syp #murahrezeki #fyp #fypage

♬ bunyi asal – Anas Sidqi – anassidqi

@anassidqi26 Hat depan adik, hat belakang abang, ayah depa baru ja meninggal tahun lepas bulan 9, hebat anak kamu wahai ayah, rajin macam ayah depa, tolong ibu, moga dipermudahkan segala urusan mereka bertiga. Mai lah kedai depa kt depan sakan kemunting taiping, bihun sup cik intan. #syp #murahrezeki #fyp #fypage ♬ bunyi asal – Anas Sidqi

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut berasa terharu melihat kegigihan adik tersebut dalam membantu meringankan beban ibunya yang merupakan ibu tunggal dan perlu mengalas tanggungjawab seorang diri.

Rata-rata meninggalkan kata-kata yang baik dan mendoakan dua beradik tersebut.

“Alhamdulillah.. semoga abang menjadi anak yang soleh dan menjadi penyejuk mata ibu ya. Allahumma Aamin.”, harap pengguna zaibadrijah.

“Masyaallah mak dan ayahnya berjaya mendidik anak menjadi manusia. Tahniah-tahniah. Support bisnes kak ni. Moga dimurahkan rezeki.”, minta Nurul Aziemah157.

Terharu Dengan Kerajinan Adik Itu, Ramai Yang Doakan Yang Baik Sahaja Gigih Tolong Ibu Di Kedai Makan

Kuatnya adik ini. Walaupun diuji dengan dugaan yang begitu berat dan perlu kenal erti kesusahan di usia yang masih kecil, namun dia tetap rajin dan gigih tolong ibu di kedai makan.

Semoaga adik ini dan keluarga terus kuat menghadapi cabaran dan dipermudahkan segala urusan serta rezeki mereka.

Kredit: anassidiqi26

Baca Juga: “Inilah Kehidupan Kami..” – Rider GrabFood Kesal Perlu Tanggung Rugi Akibat Salah Langgar Bonggol

tags: | | |