Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kasih Ayah Sepanjang Masa..”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ayah Hantar Ke Bas, Bungkus Kuetiau Tapi..

“Kasih Ayah Sepanjang Masa..”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ayah Hantar Ke Bas, Bungkus Kuetiau Tapi..

Kategori:
kasih ayah

Seperti air dicincang tidak akan putus, itulah peribahasa yang menunjukkan ikatan erat yang terjalin di antara insan rapat dan ianya akan berkekalan walau apa jua berlaku. Misalnya, ikatan ibu bapa antara anak-anak akan kekal sampai bila-bila.

Kasih sayang yang dicurahkan ibu bapa kepada anak sememangnya tidak ternilai. Lihat saja pengorbanan yang dilakukan mereka sejak kecil. Sekecil-kecil pengorbanan yang dilakukan mereka adalah sebesar-besar nikmat untuk kita.

“Kasih Ayah Sepanjang Masa..”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ayah Hantar Ke Bas, Bungkus Kuetiau Tapi..

kasih ayah

Seperti satu video yang dikongsi oleh Nor Aini Selamat di laman TikToknya, dia berkongsi pengalaman berkenaan kasih sayang ayahnya yang menghantarnya naik ke bas pada malam hari.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan riak wajah ayahnya yang risau walaupun anaknya sudah besar. Begitulah kasih sayang ayah. Mereka jarang mengucapkan sayang kepada anak kerana kasih sayang mereka bukan sekadar kata, tetapi ia lebih kepada perbuatan.

“Abah pegang kuetiau goreng yang patut makan dekat kedai. Tapi bas dah nak gerak. Abah suruh bungkuskan dan hantar kat kita dalam bas. Risau anak dia lapar tapi kita minta abah yang makan nanti dekat rumah,” ceritanya dalam hantaran kasih ayah itu.

“Tak Sempat Makan, Abah Bungkus Kuetiau Hantar Ke Bas”

kasih ayah

Meninjau ruangan komen, ramai yang menyuruhnya menjaga ayahnya baik-baik kerana bukan semua orang dapat merasa kasih sayang seorang ayah. Ia adalah hal yang berharga di dunia ini. Melihat kepada video itu juga, ramai yang terkesan dan rindu akan ayah masing-masing.

“Sis, jaga ayah awak baik-baik. Layankan je apa yang diminta sebab saya tak sempat nak buat semua tu untuk ayah saya. Ayah saya meninggal masa saya form 4. Tak sempat bagi ayah merasa duit gaji,” kongsi seorang netizen bernama Jiha.

“Rindu dekat arwah abah. Kalau tengok pakcik, macam arwah abah. Arwah suka pakai kopiah dengan jubah,” kata netizen lain.

Jaga Ayah Baik-Baik, Bukan Semua Dapat Rasa Kasih Sayang Tu…

kasih ayah

Melalui perkongsian kasih ayah sepanjang masa ini, ia memberi kita kesedaran untuk sentiasa menghargai ibu bapa dalam apa jua keadaan. Sebelum semua terlambat, ucapkanlah kasih dan cinta kepada mereka. Semoga semuanya berada di bawah lindungan Tuhan.

Sumber: Nor Aini Selamat

Baca juga: “Nak Bagi Free, Dia Tak Mahu..”, Peniaga Ini Dipuji Ramai Kerana Bantu Pakcik Cina, Ini Ceritanya..

tags: | |