Pada zaman teknologi yang semakin membangun, penggunaan cashless atau transaksi wang elektronik sudah semakin meluas dan dipakai hampir kebanyakan orang. Cashless yang diakui banyak kebaikannya memudahkan orang ramai dengan keselamatan terjamin kerana kita tidak perlu membawa wang tunai.
Tetapi, ada ketika dan masa juga kita sememangnya memerlukan wang tunai. Setidaknya, simpanlah wang tunai dengan jumlah yang sedikit untuk kegunaan ketika memerlukan. Misalnya, ketika ingin membeli pisang goreng di tepi jalan, kebanyakan peniaga jalanan memang tidak mengambil bayaran cashless. Ada segelintir sahaja yang memaparkan QR Pay.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita berhati murni bernama Deyla Habib di laman TikToknya, dia menceritakan kisahnya terjumpa seorang budak perempuan yang tertidur di dalam longkang divider mencuri perhatian orang ramai.
“Kebetulan masa saya drive haritu, lampu merah dan ternampak adik yang tertidur di dalam longkang tu. Kemudian saya panggil. Mulanya dia tidak sahut lagi panggilan saya. Lepastu saya panggil lagi dan baru dia tengok saya.
“Dia terus bawa bungkusan mangga tu dekat dengan saya. Lepastu saya cakaplah, saya tanya mana ibu bapa dia. Kenapa dia disitu? Dan dia cakap mama dia tengah ambil adik dia dan saya tidak tanyalah di mana.
“Dan saya ambil duit dari bag saya ni, ada RM2 sahaja sebab saya ni jenis tidak suka simpan wang tunai. Saya suka bayar pakai debit dan QR Pay. Jadi RM2 itulah saya bagi dekat dia. Dan dia tanya saya dia cakap mahu beli mangga? Saya tanya mangga tu berapa? Dia cakap RM5.
“Dan saya cakap kakak sudah tiada duit lagi. Dan saya cakap dekat dia RM2 tu kamu ambil lah untuk kamu tapi kakak tidak jadi beli mangga kamu,” ceritanya panjang dalam penjelasan video kisah budak jual mangga itu.
@deylahabibb Sayu tgok adik ne masa cod brg… Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki adik ni skeluarga. #fyp #xyzcba #fypdongggggggg #forgoupage
@deylahabib94 Sayu tgok adik ne masa cod brg… Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki adik ni skeluarga. #fyp #xyzcba #fypdongggggggg #forgoupage ♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound
https://www.tiktok.com/@deylahabib94/video/7138292048024653083?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@deylahabib94 Replying to @DeylaHabib Semoga dpt menjawab persoalan kamu semua🙏🏻 #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #xyzcba ♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound
Dalam perkembangan sama, dia menceritakan bahawa budak perempuan berkenaan bersama saudaranya yang lain memang selalu menjual jajan dan buah di sekitar lampu trafik. Mereka tidak meminta dan mencari rezeki dengan rajin dan ikhlas walaupun dalam keadaan begitu.
“Orang Kota Kinabalu Sabah, yang mana lalu dekat trafic light bawah flyover Kolombong, boleh support jualan adik ni ya. Jualan murah RM1-RM1.50,” jelasnya lagi dalam kisah yang sama.
Daripada perkongsian itu, ada netizen memberi pendapat, moralnya mesti ada sedikit wang tunai di tangan. Apapun terima kasih atas kemurahan hati wanita terbabit. Ramai yang mendoakan wanita itu dimurahkan rezeki kerana kebaikan kemanusiaannya yang luhur dan murni.
“Terima kasih puan sudah cukup baik membantu. Kerana ada video ini ada insan baik menghantar dan menghulur bantuan,” kata netizen bernama Rizal berkenaan kisah budak jual mangga itu.
@deylahabib94 Replying to @oloblob jumpa suda adik tuu.. Stelah mncarii dkt sejam😅 #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #xyzcba ♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound
Semoga ada jalan penyelesaian buat golongan yang berada dalam situasi ini kerana hal ini harus dilihat secara dasar dan menyeluruh. Ketika anak-anak lain mampu ke sekolah untuk belajar, ada anak-anak seperti ini yang terpaksa bergelut dengan hidup sebegini sejak kecil lagi.
Semoga ada yang membantu dan terima kasih kepada wanita ini atas kecaknaannya.
Sumber: Deylahabib
Baca juga: Restoran Annalakhsmi Guna Konsep Bayar Makanan Ikut Kehendak, Selamatkan Ramai Jiwa Kelaparan