Kebersihan diri perlu lah dijaga oleh setiap individu. Selain memastikan pemakaian berada dalam keadaan bersih dan kemas, perkara kecil seperti kuku, rambut dan muka harus juga dititikberatkan.
Perkara itu bukan sahaja dapat membuat orang lain berasa selesa bila melihat tapi juga mampu mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit berbahaya. Namun, masih ada segelintir dari kita yang menjadikannya gimik bagi menarik perhatian orang ramai.
Terbaharu, seorang wanita dewiyahya_79 berjaya menarik perhatian orang ramai di media sosial dengan penampilan dirinya. Mempunyai kuku tangan yang terlalu panjang, gelagatnya di media sosial sentiasa menjadi tumpuan.
Kali ini, wanita itu memuat naik sebuah video di akaun TikToknya dan berkongsi caranya memakan nasi menggunakan kuku tangannya yang begitu panjang.
Mencubit nasi menggunakan kukunya sahaja, wanita tersebut kelihatan berselera dapat menikmati makanan itu dengan caranya. Jelas berselera walaupun caranya mungkin kelihatan agak aneh bagi orang ramai.
Melihat dari caranya, dia juga kelihatan sudah terbiasa makan dengan cara begitu.
@dewiyahya_79 Membalas @@ummyyysh kan ga merugikan hidupmu to
@dewiyahya_79 Membalas @@ummyyysh ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman
Namun bila menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa geli apabila melihat gelagat wanita itu makan nasinya. Ini kerana sisa makanan mungkin akan terletak di celah kuku, bercampuran dengan kotoran yang lain.
“Makan sebelahan dia dijamin ga nafsu makan.”, jelas Liany Yeanete Lauren.
“Sapa nak diet boleh makan sebelah dia. Auto tak lalu makan. Hahahaha!”, gurau Nu_sh.
Walaupun gelagat wanita ini mungkin menyebabkan beberapa orang berasa kurang senang, tapi jangan lah kita mengecamnya kerana ini caranya dan dia juga selesa begitu. Asalkan dia menjaga kebersihan kuku dan tidak menggangu sesiapa, kita biarkan sahaja.
Kredit: dewiyahya_79