Kerana pelbagai tugasan dan kerja yang perlu disiapkan, ramai di antara kita yang bekerja lebihan masa dan ada juga yang tidak sempat untuk rehat dan keluar untuk membeli makanan bersama rakan-rakan sekerja.
Oleh itu, mereka hanya sempat mengirimkan makanan dari kawan-kawan sambil berada di pejabat untuk menyiapkan kerja. Tapi bila bercakap soal makanan; tak semua orang mempunyai citarasa yang sama dan setiap pesanan perlu lah diberi secara teliti supaya tidak tersalah seperti yang telah terjadi pada lelaki ini.
Gara-gara perlu berada di pejabat mungkin kerana harus menghabiskan kerja-kerja yang tertangguh, seorang lelaki atoksip telah meminta tolong rakan sekerja untuk membelikan makanan buatnya untuk dimakan kemudian.
Tiba waktu untuknya makan, dia bagaimanapun berasa sangat terkejut apabila melihat makanan yang telah dibungkus oleh kawannya.
Jelasnya sambil membelek lauk-lauk yang dipilih oleh kawannya; “Lepas ini memang aku dah tak suruh dah orang untuk belikan nasi untuk aku. Ni ayam apa ini?”.
“Ni hati seketul, telur kuning sahaja seketul, sayur seketul, udang seketul. Ni apa? Telur puyuh? Oh, telur kuning juga seketul! Ya Allah, sotong seketul. Ikan bilis seketul. Ni apa? Daging apa ini seketul? Apa lagi ada? Itu je. Bongok! Hish, aku la.. “, luahnya.
@atokyis yg pelek ii #fyp #fypシ #fypシ゚viral
@atokskip yg pelek ii #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – tok🐸
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa sangat terhibur melihat kisah lelaki itu. “Nasib baik nasi dia bagi banyak.. kang dia sebutir, naye kau bang.”, gurau pengguna ain.
“Part sayur seketul dan ikan bilis tu memang aku blender yang beli!”, gelak Mekcinta.
Mungkin niat kawan-kawan lelaki itu adalah untuk membeli lauk secukupnya supaya dia dapat cuba setiap satu tapi nampak gaya seperti memerli pun ada. Takpe lah, yang penting ada yang sanggup turun belikan semasa kita tengah sibuk menyiapkan kerja.
Kredit: atoksip
Baca Juga: Gadis Syukur Dapat Kerja Di Company Baik, Tiap Hari Bagi Makanan Percuma & Lauk Berbeza