Semenjak akhir-akhir ini, harga barangan dapur seperti minyak masak, tepung, telur, ayam dan sebagainya semakin meningkat. Perkara itu membuat orang ramai berasa risau dan mengharapkan solusi dari pihak bertanggungjawab.
Sedar akan keresahan orang ramai, segelintir peniaga dan pembekal mengekalkan harga yang rendah bagi memudahkan urusan dan meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.
Namun, masih ada segelintir beberapa pembekal yang menjual ayam pada harga yang mahal atas beberapa faktor.
Mengunjungi sebuah pasaraya bagi mencari keperluan barang dapur, seorang wanita putrisitihawa27 telah melakukan satu penemuan yang sangat mengejutkan.
Ingin membeli ayam untuk disimpan dan dimasak kemudian, wanita itu melihat di bahagian peti sejuk beku dan ingin memilih seekor untuk dibeli.
Tapi bila mengusya harga dan jenis yang ada, dia berasa terkejut apabila melihat harga seekor ayam yang dijual oleh jenama NutriPlus.
Mencecah sehingga RM27 hingga ke RM40 lebih, harga yang mahal membuatnya berasa sangat terkilan. Malah dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, tentu tak ramai yang mampu memilikinya.
“Memang macam ni ke harga ayam?”, soalnya.
@putrisitihawa27 Memang mcm ni ke harga ayam😅 #hargaayam #ayam #jayagrocer
@putrisitihawa27 Memang mcm ni ke harga ayam😅 #hargaayam #ayam #jayagrocer ♬ original sound – Abe
Umum tahu bahawa ayam Nutriplus ini berbeza dari yang lain dan dibekalkan dari pembekal yang berkualiti dan melalui proses dan pemeriksaan wajib dari European Union bagi memastikan kualiti ayam terjamin.
Selain itu, cara setiap ekor yang dipakej dan disimpan juga sangat berbeza. Menggunakan teknologi refrigerated air di proses penyejukkan, ia dapat mengurangkan risiko pencemaran bersilang yang sangat membahayakan.
(Dua jenis ayam berbeza)
Tambahan jenis ayam Nutriplus ada dua jenis. Jenis yang ditemui wanita tersebut merupakan bebas dari antibiotik dan hormon. Harga jenis ayam sebegitu adalah lebih mahal dari yang lain di pasaran. Saiz dan kilogram ayam juga memainkan peranan.
Ayam Nutriplus sememangnya agak mahal tapi kualitinya terjamin. Malah kilang-kilangnya juga sangat bersih. Tapi jika anda sedang berjimat-cermat, masih banyak lagi pilihan yang ada. Jangan risau.
Kredit: putrisitihawa27
Baca Juga: Wanita Berjubah Kantoi Curi Minyak Masak Di Pasaraya, Sorok Di Bawah Tudung Untuk Elak Dikesan