Mengusahakan sebuah perniagaan makanan dan minuman bukan lah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi sekarang, kos barangan yang semakin meningkat menjadi satu beban pada pihak peniaga.
Namun untuk mendapatkan satu kejayaan, sifat gigih dan cekal perlu ada. Setiap peniaga yang berjaya akan bermula dari bawah seperti peniaga Nasi Lemak ini yang hanya menjual dari bonet kereta dahulu tapi kini mampu menjual 100 bungkus Nasi Lemak setiap hari. Ikuti kisahnya di bawah.
Berkongsi tentang keperitan dan cabaran meniaga, setiap peniaga mempunyai kisah mereka sendiri. Bagi peniaga yang dikenali sebagai AyraNazirah atau ceonasilemaklegendceqlah, beliau juga berhadapan dengan permulaan yang sukar.
Berkongsi di laman TikTok, menurut wanita itu, dia tidak menyangka bahawa perniagaan Nasi Lemak yang diusahakan olehnya mendapat sambutan yang begitu hebat. Jika dikenangkan dahulu, dia mula memasak sambal Nasi Lemak menggunakan periuk kecil sahaja dan hanya menjual 50 bungkusan di tepi jalan dari bonet kereta.
Oleh kerana tiada yang menjaga anak-anaknya, dia juga terpaksa membawa mereka bersama untuk menjual sambil dibantu oleh hanya beberapa orang pekerja.
Walaupun permulaan tersebut agak perit, dia tidak menyangka bahawa jualan Nasi Lemaknya begitu laris. Dari 50 bungkus, kini dia perlu menjual lebih dari 100 bungkus kerana mendapat begitu banyak sambutan.
Dari periuk yang kecil dan menjual dari bonet kereta sahaja, kini wanita itu memerlukan periuk yang jauh lebih besar dan mampu membuka gerai dan khemah untuk menjual Nasi Lemaknya.
Melihat kembali pada perjalanannya dalam meniaga Nasi Lemak, wanita itu bersyukur atas rezeki yang telah diperolehi.
Di ruangan komen, orang ramai tumpang gembira dengan kejayaan wanita itu dan rata-rata mendoakan agar dia terus dimurahkan rezeki, lebih berjaya dari sekarang.
Kisah peniaga Nasi Lemak ini boleh dijadikan satu inspirasi buat kita semua untuk turut berusaha dan percaya pada rezeki Tuhan. Nak meniaga ini tidak mudah tapi dengan usaha dan doa, inshaallah perkara itu boleh dicapai.
Kredit: AyraNazirah