Nasi goreng ketam sudah menjadi kesukaan ramai, terutamanya penggemar makanan laut. Isi ketam yang segar akan diambil dan dicampurkan dalam nasi goreng, memberi rasa yang sangat enak.
Namun memandangkan harga ketam masih lagi agak mahal berbanding makanan laut yang lain, jarang sekali anda akan menemui hidangan nasi goreng ketam di kedai makan atau restoran. Kalau ada, sudah tentu dengan harga yang mahal.
Terbaharu, seorang wanita raaszplussize telah memuat naik sebuah video dan berkongsi pengalaman mengecewakan yang telah dialaminya sewaktu berada di sebuah kedai makan.
Pergi ke sana untuk makan, wanita tersebut berasa teruja apabila melihat menu kedai makan itu. Menyediakan nasi goreng ketam, dia terus memesan hidangan tersebut dan sabar menunggunya.
Walaupun begitu, dia berasa kecewa apabila hidangan yang tiba tidak sama seperti yang diharapkan.
“Scam betol-betul ni! Tulis dalam menu ‘ketam’. Aku dapat apa ni? Fillet ketam. Aku salah ke menu salah ni? Dok bayang dah ketam atas nasi tadi.”, jelasnya.
Tambahnya, meskipun nasi goreng ketam itu agak mengecewakan tapi kuey teow di kedai tersebut tidak mengecewakannya dan sedap bila dimakan.
@raaszplussize 😭😭 SALAH AKU KA !! kuetiaw depa sdp. #makananviral #akusalahapa #tiktokmalaysia #kenascamrupanya #fypage #fypシ゚viral
@raaszplussize 😭😭 SALAH AKU KA !! kuetiaw depa sdp. #makananviral #akusalahapa #tiktokmalaysia #kenascamrupanya #fypage #fypシ゚viral ♬ อูฐร้องเพลง – ʙᴀʙʏ.ʜᴇᴄᴀᴛᴇ
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut kongsikan nasib yang seakan sama.
“Aku kena mee sizzling seafood. Mana ada seafood yang ada crabstick itu la.”, kongsi peekaboo2.
Cerita mohdhasdihasdi pula; “Akak pun kena, saya kena mee ketam, mai mai ketam crab, mau x mau makan jugak.”.
Kredit: raaszplussize