Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Mi Goreng Style Mak-Mak, Sedap Sangat Sampai Cuba Sekali Terus Nak Lagi

Resipi Mi Goreng Style Mak-Mak, Sedap Sangat Sampai Cuba Sekali Terus Nak Lagi

Kategori: ,
Mi Goreng Style Mak-Mak

Mi goreng menjadi hidangan pilihan ramai tanpa mengira waktu. Mudah untuk disediakan, pelbagai lauk-pauk boleh ditambahkan bagi menyedapkannya. Semuanya bergantung pada selera masing-masing.

Ketika sibuk, mi goreng menjadi hidangan yang selalu disediakan. Kalau nak tahu, ini cara untuk menyediakan mi goreng style mak-mak. Teramat ringkas, resepi ini telah dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh di grup Masak apa Hari Ni.. (MAHN). Jom cuba resepinya.

Resipi Mi Goreng Style Mak-Mak, Sedap Sangat Sampai Cuba Sekali Terus Nak Lagi

Bahan-bahan

  • 1kg mi kuning – guna jenama ini
  • 8 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • Isi ayam
  • Kek ikan
  • Bebola ikan
  • Kubis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu stok ayam
  • Minyak masak Mi Goreng Style Mak-Mak

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan perang. Mi Goreng Style Mak-Mak
  2. Masukkan cili kering. Tumiskan sehingga masak, barulah masukkan isi ayam. Isi ayam biar sampai masak. Mi Goreng Style Mak-MakMi Goreng Style Mak-Mak Mi Goreng Style Mak-Mak
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan stok ayam. Kemudian, tambahkan gula. Mi Goreng Style Mak-Mak Mi Goreng Style Mak-Mak
  4. Tambahkan pula kek ikan, bebola ikan dan mi. Mi Goreng Style Mak-Mak Mi Goreng Style Mak-Mak
  5. Kacau-kacau dan selakkan sikit, telur sebiji dan kubis. Mi Goreng Style Mak-Mak
  6. Kacau-kacau sedikit dan siap. Mi Goreng Style Mak-Mak Mi Goreng Style Mak-Mak

Kalau dapat makan mi goreng seperti ini tiap-tiap hari, tentu kita tak akan berasa jemu. Tengok sahaja pun dah tahu ia sangat sedap. Nanti jangan lupa untuk sediakan hidangan ini untuk semua ahli keluarga ya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Yayar B. Awang Noh di grup Masak apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Ayam Masak Kurma Kelantan, Cara Turun Temurun! Wajib Dihidang Bersama Nasi Minyak

tags: | |