Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home ยป Berita ยป Akibat Bagi Anak Kecil Makan Popcorn, Ibu Ini Kesal Seumur Hidup & Turut Nasihat Ramai Untuk Berhati-Hati

Akibat Bagi Anak Kecil Makan Popcorn, Ibu Ini Kesal Seumur Hidup & Turut Nasihat Ramai Untuk Berhati-Hati

Kategori:
Anak Kecil Makan Popcorn

Ketika di usia yang masih kecil, anak-anak memerlukan pemantauan dan penjagaan yang teliti. Bukan sahaja ketika bermain, malah semasa makan dan minum juga ibu bapa perlu berwaspada agar tidak berlaku hal-hal yang tidak diingini.

Walaupun makanan dan minuman mungkin merupakan hal yang temeh, tapi ia juga boleh mendatangkan bahaya pada kanak-kanak. Malah, satu peristiwa malang telah menimpa seorang anak kecil yang telah dikongsikan oleh ibunya di bawah.

Akibat Bagi Anak Kecil Makan Popcorn, Ibu Ini Kesal Seumur Hidup Dan Turut Nasihat Ramai Untuk Berhati-Hati

Baru sahaja ditimpa peristiwa ngeri, seorang ibu (Puan Nicole) telah memuat naik kisah malang yang telah berlaku ke atas dirinya dan keluarga di akaun TikTok momohouse_kj supaya menjadi sebuah pengajaran buat dirinya dan orang ramai.

Mempunyai seorang anak yang baru sahaja berusia 1 tahun, wanita tersebut menyediakan satu mangkuk popcorn untuk diberi pada anaknya. Tambahnya, dia turut berasa begitu gembira apabila melihatnya menghabiskan kesemuanya. Anak Kecil Makan Popcorn Anak Kecil Makan Popcorn

Namun ketika makan, anaknya tiba-tiba sahaja tercekik dan muntah sedikit. Hal itu tidak terlalu merisaukannya kerana dia menyangka ia sekadar gag refleks biasa kerana anaknya terus sambung makan dan kelihatan seperti biasa. Cuma kadang-kadang dia akan batuk sekejap.

Pada hari esok kemudian, keadaan anak masih lagi aktif tapi dia masih batuk-batuk dan menunjukkan tanda-tanda mula demam. Tiba waktu petang, budak kecil itu mula merengek demam dan kelihatan seperti sesak nafas. Anak Kecil Makan Popcorn

Panik melihat keadaan anak bertambah parah, wanita itu terus menggesakan diri ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Setelah melakukan pemeriksaan doktor dan x-ray, dia dimaklumkan bahawa pihak hospital terpaksa melakukan pembedahan Bronchoscopy sebanyak dua kali.

Hasil pembedahan tersebut, 6 biji popocorn berjaya dikeluarkan. Sejurus peristiwa hitam itu, dia mengelakkan pembelian popcorn dan sentiasa memantau anaknya semasa makan. Anak Kecil Makan Popcorn

Dia turut juga menasihatkan para ibu bapa di luar sana untuk lebih berhati-hati ketika memberi anak-anak makan, terutamanya makanan yang berisiko untuk tercekik. Tambahnya, sangat penting bagi ibu bapa mengenalpasti perbezaan gag refleks dan tercekik.

@momohouse_kj Moga Tuhan lindungi anak kita semua. Amin๐ŸŒน #momohouse #popcorn #bronchoscopy โ™ฌ suara asli – ๐™ˆ๐™ช๐™จ๐™ž๐™˜ ๐˜ฟ๐™–๐™ž๐™ก๐™ฎ

Semoga kisah Puan Nicole ini dijadikan satu pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati dan lebih berwaspada ketika menguruskan anak-anak. Perkara ini tidak diminta oleh sesiapa dan tentunya menjadi satu perisitiwa hitam buat mana-mana ibu bapa.

Kredit: momohouse_kj

Baca Juga: โ€œNak Marah Pun Benda Dah Jadi..โ€ โ€“ Gara-Gara Biar Anak Main Seorang Diri Di Dapur, Lelaki Ini Kesal

 

tags: | |