Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Demi Penonton TikTok, Wanita Ini Sanggup Makan Udang Mentah Cicah Dengan Sos; Kata Rasa Manis & Sedap

Demi Penonton TikTok, Wanita Ini Sanggup Makan Udang Mentah Cicah Dengan Sos; Kata Rasa Manis & Sedap

Kategori:
Makan Udang Mentah

Makanan laut menjadi antara kegemaran orang ramai. Malah kebelakangan ini, pengambilan makanan laut semakin meningkat dengan adanya Mukbang, Sushi, Steamboat & Grill dan banyak lagi. Ada juga memakannya secara mentah.

Walaupun pengambilan makanan laut secara mentah telah diamalkan semenjak dahulu lagi, terutamanya di kalangan masyarakat Asia Timur, ia tetap mendatangkan risiko pada kesihatan kerana mempunyai bakteria merbahaya iaitu Vibriosis. Dalam satu kajian, 7 dari 20 ekor udang yang dijual di sebuah pasar di Amerika Syarikat mempunyai bakteria tersebut.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati tapi ada juga yang kurang peka dengan risiko bakteria itu dan tetap mengambil makanan laut secara mentah.

Demi Penonton TikTok, Wanita Ini Sanggup Makan Udang Mentah Cicah Dengan Sos; Kata Rasa Manis Dan Sedap

Mempunyai sebuah kedai gerai yang menyajikan tiram mentah segar, saeorang wanita osylala sering memuat naik video-video makanan laut di akaun TikToknya. Mempunyai beberapa pengikut setia, seorang penonton memintanya makan udang mentah.

Tak ingin mengecewakan penonton tersebut, wanita itu mengambil seekor udang mentah yang segar dan tidak teragak-agak untuk mengigitnya. Sebelum ini asyik makan tiram mentah sahaja, kali ini cuba ubah selera pula. Makan Udang Mentah

Dicicah bersama sos, menurut wanita itu rasa udang mentah tersebut agak manis dan segar. Barangkali sangat sedap mengikut citarasanya. Makan Udang Mentah

@oyslala Reply to @eilennnnn_ ohh macam tu 🥺rasa manis manis #oyslala ♬ original sound – F.arisha – Bukan ira kazar

Meninjau di ruangan komen, meskipun ramai yang terhibur melihat gelagat wanita itu, ada juga yang berasa risau kerana pengambilan makanan laut yang mentah mempunyai risikonya.

Tak mahu perkara yang tidak diingini berlaku ke atasnya, beberapa individu menasihatinya supaya mengambil ubat.

Makan Udang Mentah, Ramai Risau Akan Wanita Itu Makan Udang Mentah

Walaupun makanan laut mentah yang segar mempunyai risiko yang lebih rendah pada kesihatan, orang ramai masih dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan tidak terlalu kerap mengambilnya.

Kredit: oyslala

Baca Juga: Akibat Bagi Anak Kecil Makan Popcorn, Ibu Ini Kesal Seumur Hidup & Turut Nasihat Ramai Untuk Berhati-Hati

 

tags: | | | |