Perjalanan kehidupan setiap insan berbeza-beza. Ada yang bernasib baik dan dikurniakan dengan kesenangan harta dan kasih sayang yang mencukupi, ada pula yang sebaliknya.
Walau apapun, setiap orang sudah mempunyai rezeki yang tersirat. Yang penting kita perlu tahu erti bersyukur dan menghargai kerana hakikatnya tak semua orang beruntung dan bernasib baik seperti diri kita.
Terbaharu, seorang lelaki capiyaaaa_ telah berkongsi satu kisah menyayat hati yang benar-benar membuat dirinya tersedar dan rasa lebih bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.
Pada mulanya, dia yang dalam satu perjalanan di atas motosikal terserempak dengan sebuah khemah di tepi jalan yang menjual nasi bersama aneka lauk. Mungkin kerana lapar, dia lekas berhenti dan lelaki yang dipercayai kawannya pergi membeli nasi untuk dimakan bersama kemudian.
Sambil menunggu kawannya membeli, dia melihat peniaga itu yang sibuk meniaga sambil ditemani oleh dua orang anak kecil. Seorang sedang duduk di atas kerusi, manakala seorang lagi sedang tidur di tepi jalan, hanya beralas dengan tikar getah.
Melihat keadaan anak-anak tersebut, lelaki itu berasa sebak dan termenung sambil berfikir; “Terdetik dalam hati, kita ni ada kerja yang selesa, makan pakai cukup tapi masih malas nak kerja, merungut itu ini. Sedangkan ramai lagi yang masih bertarung untuk dapatkan sesuap nasi.”
@fywooon_ Kuatkan semangat! usaha la sehabis baik untuk kehidupan ! Semoga yang sedang berjuang untuk hidup, akan dilimpahkan rezeki setimpal usahanya😌 Aamiin Ya Allah. #fyp #trendingviralvideo #life #fypシ゚viral
@capiyaaaa_ Kuatkan semangat! usaha la sehabis baik untuk kehidupan ! Semoga yang sedang berjuang untuk hidup, akan dilimpahkan rezeki setimpal usahanya😌 Aamiin Ya Allah. #fyp #trendingviralvideo #life #fypシ゚viral ♬ suara asli – Penyair Emosian
Di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa bersimpati melihat nasib keluarga itu yang perlu bersusah-payah dalam mencari rezeki yang Halal.
Namun, ada juga yang memuji kecekalan peniaga itu yang masih sempat lagi menjaga anak-anak sambil mencari pendapatan. “Saya lihat seorang ibu yang kuat dan tidak mengalah demi anak-anak dan dirinya. Semoga Tuhan memberi rezeki yang lebih buat keluarga ini.”, doa pengguna AndreaTruly.
Ketika kita sedang sibuk merungut mengenai nasib dan pekerjaan kita setiap hari, ingat dan sedarlah bahawa ramai di luar sana yang mahukan keselesaan yang kita ada.
Oleh itu, belajar lah erti bersyukur dan tahu menghargai rezeki yang ada di depan mata. Walaupun ia mungkin tidaklah semewah seperti yang lain di luar sana tapi ia memadai untuk meneruskan hidup ini.
Kredit: capiyaaaa_
Baca Juga: Ganggu Orang Meeting, Niat Wanita Ini Untuk Buat Birthday Surprise Kawan Kerja Terus Tak Jadi