Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kecewa Lihat Peniaga Ambil Kesempatan, Laluan Pejalan Kaki Dijadikan Tempat Letak Meja & Kerusi Kedai Makan

Kecewa Lihat Peniaga Ambil Kesempatan, Laluan Pejalan Kaki Dijadikan Tempat Letak Meja & Kerusi Kedai Makan

Kategori:
laluan pejalan kaki

Mengusahakan sebuah kedai makan dengan modal yang kecil bukanlah hal yang mudah. Para peniaga perlu merancang kos dengan sebaiknya supaya tidak kerugian. Tambahan pula, modal yang terhad juga menjadikannya mustahil buat mereka untuk membuka premis yang serba lengkap.

Demi berjimat, ada ramai peniaga yang terpaksa meniaga di tepi jalan raya kerana kos khemah dan sewa tapak adalah jauh lebih murah dari menyewa sebuah kedai. Walaupun ada kekurangannya, lokasi tersebut sudah memadai buat mereka untuk mencari rezeki.

Namun begitu, bila meniaga di kawasan terbuka, janganlah kita tamak dan mengambil kesempatan semata-mata untuk memudahkan dan memajukan perniagaan diri sendiri.

Kecewa Lihat Peniaga Ambil Kesempatan, Laluan Pejalan Kaki Dijadikan Tempat Letak Meja Dan Kerusi Kedai Makan

Meniaga ini perlu ada caranya. Jika mengambil kesempatan pada orang lain, adakah rezeki yang diperolehi akan diberkati? Perkara itu menjadi tanda tanya seorang lelaki, boyezal apabila kesal menyaksikan tindakan seorang peniaga.

Ketika berjalan di luar, hari tiba-tiba sahaja hujan lebat dan memaksa lelaki itu mencari tempat untuk berteduh. Menemui laluan penjalan kaki, dia terus ke sana tapi kecewa apabila melihat ianya dihalang dengan beberapa meja dan kerusi yang telah ditempatkan oleh peniaga yang berhampiran. laluan pejalan kaki

Melihat tindakan peniaga tersebut yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan ke atas kemudahan awam, dia berasa sangat kesal. laluan pejalan kaki

“Patut ke camni? Kerajaan buat untuk pejalan kaki Sekarang kita pula kena redah hujan.”, luahnya.

@boyezal #selfis ♬ Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah

Tak salah jika nak meniaga di tempat awam tapi apabila kita mengambil kesempatan pada kemudahan yang telah disediakan untuk pihak lain, perkara itu sudah menjadikan satu kesalahan kerana kita sudah menyalahgunakannya dan akhirnya menyusahkan orang lain juga.

Malah ini bukan pertama kali perkara ini berlaku, di luar sana ada juga peniaga yang melakukan perkara yang sama. Oleh itu, semoga perkongsian ini memberi kesedaran pada semua untuk tidak terlalu mudah untuk mengambil kesempatan pada kemudahan awam.

Kredit: boyezal

Baca Juga:Nak Cari Kat Mana Isteri Macam Ni?” – Setia Layan Suami OKU, Gelagat Pasangan Istimewa Ini Buat Ramai Terharu

tags: | | |