Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Celup Tangan Boleh Hancur..” – Menyesal Cuba Biskut Nitrogen, Lelaki Ini Nasihat Jangan Beli Sebab..

“Celup Tangan Boleh Hancur..” – Menyesal Cuba Biskut Nitrogen, Lelaki Ini Nasihat Jangan Beli Sebab..

Kategori:
biskut nitrogen

Penggunaan cecair nitrogen dalam produk makanan dan minuman sudah menjadi satu trend sejak kebelakangan ini. Menjadi satu wow factor, asap yang berkepul menjadi satu tarikan.

Namun peniaga makanan tersebut perlu lah berhati-hati dan memastikan cecair nitrogen yang digunakan berada pada tahap bersesuaian untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu membekukan makanan.

Selalunya peniaga akan mengawal tahap cecair nitrogen yang digunakan bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati kerana segelintir individu masih akan mendapat reaksi ketika mengambilnya.

“Celup Tangan Boleh Hancur..” – Menyesal Cuba Biskut Nitrogen, Lelaki Ini Nasihat Jangan Beli Sebab..

Mengunjungi sebuah pasar malam bersama anak kecil, acip_usa bersiar ke sana sambil melihat makanan dan minuman yang dijual. Menemui sebuah gerai yang menjual aiskrim, dia terus membelinya. biskut nitrogen

Anaknya yang kecil pula berasa seronok melihat aiskrim yang berasap itu. Namun rupa makanan tersebut mula membuatnya berasa risau. Tapi demi anak, dia melayan sahaja dan sanggup mencubanya. biskut nitrogen biskut nitrogen

Meskipun begitu, lelaki itu menyesal membeli aiskrim itu kerana selepas mencubanya, mulutnya mula rasa sakit, mungkin sensitif dengan cecair nitrogen yang digunakan. Tambahan pula, disangka aiskrim tapi rupanya biskut, ini merupakan kali pertama dan terakhir dia mencuba biskut nitrogen itu.

https://www.tiktok.com/@acip_usa/video/7142836300255595802?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@acip_usaingtkn eskem…rupanya biaskut🙄♬ Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 – stevewuaten_

Di ruangan komen, orang ramai turut berasa gerun melihat rupa biskut nitrogen tersebut. Malah, ada yang ingin cuba tapi risau akan risikonya pada kesihatan.

“Saya pun cadang nak beli hari tu tapi suami tak bagi sebab tengok nampak bahaya. Risau jadi apa-apa. Lagi satu takut tengok asap-asap tu.”, cerita saziela isa.

Manakala kongsi pengguna Kai asma, “Bahaya oi! Aku makan dah, esok bangun pagi hilang suara. Lepas tu kena hadap lak satu minggu sakit tekak. Huuu, taubat-taubat.”.

Biskut Nitrogen Ada Bahayanya, Hati-Hati Bila Makan biskut nitrogen biskut nitrogen

Tidak dinafikan biskut nitrogen yang dijual di luar sana sangat menarik tapi anda perlu lah berhati-hati kerana cecair nitrogen yang digunakan boleh membawa padah. Jika anda terlalu sensitif, dinasihatkan untuk mengelakkannya.

Kredit: acip_usa

Baca Juga: Sanggup Tunggu 2 Jam Demi First Date, Akhirnya Lelaki Ini Ditinggalkan Awek Untuk Lelaki Lain

tags: | |