Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Daun Sup Kekal Subur Sampai 2 Tahun, Ini Tip Penanaman Efektif Untuk Tanaman Sihat

Daun Sup Kekal Subur Sampai 2 Tahun, Ini Tip Penanaman Efektif Untuk Tanaman Sihat

Kategori: ,
daun sup kekal subur

Daun sup tidak menjadi asing buat kita. Ia diguna pakai menjadi bahan penyedap dalam masakan. Tidak kiralah dicampur dalam masakan atau sebagai penghias makanan, dengan kehadiran daun sup, ia akan menambah seri masakan kita.

Oleh itu, daun sup adalah antara tanaman yang tidak rugi jika kita menanamnya di halaman rumah. Sebuah perkongsian oleh Donis De Donnis di Facebook menunjukkan cara betul menanam daun sup. Tip ini sangat berguna kerana tanaman daun sup boleh bertahan sehingga 2 tahun. Berbaloi bukan?

Daun Sup Kekal Subur Sampai 2 Tahun, Ini Tip Penanaman Efektif Untuk Dirujuk

daun sup kekal subur

Cara & Tanam Tanam Daun Sup Dengan Betul:

  1. Sediakan tapak semaian, jika boleh gunakan tray semaian yang banyak dijual.
  2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10 jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaktifkan benih supaya mudah bercambah.
  3. Tujuan rendam supaya kesemua benih mudah bercambah. Jika tidak mahu rendam tidak mengapa boleh terus tabur.
  4. Toskan benih dengan tisu atau alat tos yang berlubang halus.
  5. Basahkan tanah, semai biji benih daun sup (biji benih daun sup kecil jadi perlu bersabar semasa semai kerana benih halus).
  6. Tutup dengan lapiisan nipis tanah, siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halys, kemudian tray semaian atau bekas semai tadi letak di kawasan redup.  Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.
  7. Sekali lagi diingat tanam pokok daun sup kena bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.
  8. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan tempat redup yang tidak terkena cahaya matahari yang terik.
  9. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.
  10. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup, siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering, bolehlah siram dengan sedikit air.
  11. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup mudah layu dan mati.
  12. Baja sebulan sekali atau mengikutv keperluan. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.

daun sup kekal subur daun sup kekal subur

Semoga perkongsian tanaman daun sup kekal subur ini bermanfaat buat semua!

Sumber: Donis De Donnis

Baca juga: Lain Hidangan Masakan, Lain Cara Potong Bawang, Lelaki Ini Kongsi Tips Potong Bawang Sebenar

tags: | |