Bila gerai atau kedai makan sering dikerumuni orang ramai tanpa henti, kita juga akan rasa berminat untuk cuba. Selain makanan yang sedap, harga pun tentu murah.
Melihat begitu ramai pelanggan, kita juga tidak teragak-agak untuk membeli dari sana. Berebut dan penat menunggu giliran sehingga tak sabar.
Namun sebelum membeli, seharusnya kita memeriksa makanan yang dipilih dengan teliti supaya tidak terjumpa perkara yang mengejutkan.
Itulah nasihat seorang wanita forbiddenflowerx yang cuai dan melakukan kesilapan tersebut sewaktu membeli dari sebuah gerai makan.
Tertarik apabila melihat begitu ramai pelanggan di sana, wanita itu juga berminat untuk membeli. Lantas, dia turun dari kereta dan membeli beberapa cucuk nugget dan bebola ikan tanpa diperiksa terlebih dahulu.
Dalam kereta, dia baru sahaja mahu menikmati makanan yang dibeli tapi terkejut apabila melihat rupa bebola ikan itu yang hanya didapati separuh.
“Beli sebab orang ramai, takde la nak check, minta orang jual tu bungkus. Masuk kereta, terkejut saya semua separuh. Dia terbalikkan so mana nak nampak.”, ceritanya.
@forbiddenflowerx #fyppppppppppppppppppppppp #itsme #citer0 ♬ original sound – ForbiddenFlowerX
Di ruangan komen pula, orang ramai turut terkejut apabila melihat rupa bebola ikan tersebut. Ramai yang belum lagi menemui peniaga yang menjualnya dengan cara begitu.
“Betul ke sis? Belum pernah dibuat orang jual laguni.”, tanya pengguna kitteh.
Manakala usik pengguna Sha; “Dia tolong cut calories!”.
Terkejut juga bila lihat rupa bebola ikan ini, kan? Ada ke peniaga yang jual macam ini di luar sana? Harap harga pun tak terlalu mahal seperti yang bebola ikan yang lain.
Tambahan pula, semoga perkara ini menjadi peringatan buat kita semua untuk lebih berhati-hati ketika membeli dan memeriksa makanan dan minuman sebetulnya sebelum mengambilnya. Nanti tak adalah terkejut seorang diri!
Kredit: forbiddenflowerx
Baca Juga: Letak Makanan Pelanggan Atas Lantai, Rider Tegur Pegawai Keselamatan Tapi Lain Pula Yang Jadi..