Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Makanan Tak Sedap, Wanita Ini Tak Tergamak Complain Pada Tukang Masak. Akhirnya Cuba Tegur Cara Ini..

Makanan Tak Sedap, Wanita Ini Tak Tergamak Complain Pada Tukang Masak. Akhirnya Cuba Tegur Cara Ini..

Kategori:
Tak Tergamak Complain Pada Tukang Masak

Bercakap soal citarasa makanan, semua orang berbeza-beza. Ada yang suka makanan yang manis, pedas, masam dan sebagainya. Jadi sangat mustahil untuk memuaskan semua orang.

Bagi peniaga dan tukang masak kedai makan pula, makanan yang disediakan perlulah segar dan sedap dimakan bagi memuaskan hati pelanggan. Jika tidak, sudah tentu pelanggan akan mengadu.

Walaupun begitu, ada juga segelintir pelanggan yang serba salah mengemukakan hal itu pada pihak restoran dan cuba cara lain untuk melakukan aduan mereka.

Makanan Tak Sedap, Wanita Ini Tak Tergamak Complain Pada Tukang Masak. Akhirnya Cuba Tegur Cara Ini..

Terbaharu, seorang wanita are_you32 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat lucu kawannya ketika berada di kedai makan.

Sedang makan bersama, kawannya telah memesan hidangan spaghetti untuk dinikmati. Namun semasa mencubanya, rasa makanan itu kurang sedap dan memuaskan menurut seleranya. Tak Tergamak Complain Pada Tukang Masak

Agaknya tak tergamak untuk mengadu pada tukang masak, wanita itu hanya mampu berdiam diri sambil mengambil spaghetti untuk menyampaikan mesej. Tak Tergamak Complain Pada Tukang Masak

Disusun secara teliti, kawannya meninggalkan mesej ‘Tak Sedap’ dengan spaghetti tersebut. Semoga dengan cara ini pihak restoran tidak mudah terasa dan dapat membaiki kelemahan.  Tak Tergamak Complain Pada Tukang Masak

https://www.tiktok.com/@areyou_92/video/7143171917900516635?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135651056696165890

@areyou_92 🤣🤣🤣#fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ☺️☺️☺️ @miejaa84 ♬ 150 Juta Speed Up – -; ᵕ̈♡ Speed Up Songs˳೫˚

Rata-rata orang ramai turut terhibur melihat gelagat kawan wanita itu. Malah, ada juga yang berasa bahawa dia layak menyuarakan pendapatnya memandangkan dia yang membayar makanan tersebut.

“Bagus. Sebab kita bayar, bukan makan free. Harap boleh improve.”, tegas pengguna Ms.Ranunculus.

Pelanggan Bayar, Layak Suarakan Kalau Tak Puas Hati Tak Tergamak Complain Pada Tukang Masak

Betul, jika pelanggan tidak puas hati dengan pesanan yang telah dilakukan, mereka berhak untuk menyuarakannya tapi seeloknya bagi kedua-dua pihak untuk mengemukakan terus perkara tersebut. Jika berbuat begini, pihak restoran tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk menambahbaik kelemahan mereka.

Kredit: are_you32

Baca Juga: “Separuh Jiwaku Hilang..” – Akibat Tak Periksa Sebelum Beli Fishball, Wanita Ini Kesal

tags: | | |