Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Kontraktor Cleaning Service Kongsi Tips Bersih Lantai Guna Pencuci Pinggan, Hasil Berkilat Dan Cantik!

Kontraktor Cleaning Service Kongsi Tips Bersih Lantai Guna Pencuci Pinggan, Hasil Berkilat Dan Cantik!

Kategori: ,
tips bersih lantai guna pencuci pinggan

Ketika zaman harga barang semua naik secara mendadak, memang ia merupakan masa untuk kita semua berjimat-cermat. Misalnya, jika ingin mencuci lantai, kita tak perlu lagi beli sabun lain untuk menggilapnya supaya berkilat.

Dah bersungguh-sungguh mop lantai rumah tapi tetap nampak kesan degil. Ini memang situasi biasa bila mop lantai jenis berjubin atau tiles, kan?

Ada yang sanggup beli pencuci lantai mahal untuk pastikan dapat lantai berkilat. Tapi sebenarnya kita tak perlu pun mengeluarrkan wang tambahan untuk beli produk pencuci lain.

Kita semua boleh guna pencuci pinggan yang memang dah ada di rumah je tau. Petua ni dikongsi oleh Heze Zamri apabila dia mengikut petua ibu saudaranya yang bekerja sebagai kontraktor cleaning service.

“Oh ye petua ni di sharing oleh saudara ibunda yang duk KL sebab dia memang contractor cleaning services, Dan kebetulan dia tak cukup kakitangan untuk bantu akak comel so dia share laa petua ni, thank you uncle Hussin,” katanya di hantaran tips bersih lantai guna pencuci pinggan tersebut.

Kontraktor Cleaning Service Kongsi Tips Bersih Lantai Guna Pencuci Pinggan, Hasil Berkilat Dan Cantik!

  • Caranya guna sabun Sunlight sahaja. Letak sedikit cecair kemudian bancuh dengan air paip dan boleh terus mop lantai.

tips bersih lantai guna pencuci pinggan

Inilah hasilnya selepa mop lantai guna cara tersebut:

tips bersih lantai guna pencuci pinggan tips bersih lantai guna pencuci pinggan

Mudah kan caranya, hanya campur dengan air paip je! Selain jadikan sabun untuk cuci pinggan, bolehlah guna untuk cuci lantai sekali. Wangi pun wangi dan yang penting jimat.

Semoga perkongsian tips bersih lantai guna pencuci pinggan ini bermanfaat buat semua, yang mana belum try, boleh cuba dan lihat sendiri kecantikan lantai korang nanti!

Sumber: Heze Zamri

Baca juga: Lain Hidangan Masakan, Lain Cara Potong Bawang, Lelaki Ini Kongsi Tips Potong Bawang Sebenar

tags: | | |