Carrot susu menjadi minuman kesukaan ramai semenjak dahulu lagi. Rasa lemak manis dari susu sesuai digandingkan bersama carrot yang telah dikisar untuk dijadikan minuman.
Kerana sangat terkenal, minuman itu boleh didapati di mana-mana kedai makan dan restoran. Namun tak semua orang menyediakannya dengan cara yang sama. Ada juga yang menambah ‘sesuatu’ untuk menyedapkannya seperti yang telah dilakukan oleh kedai makan yang dikunjungi lelaki ini.
Terbaharu, seorang lelaki syukriazman27 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi kisah lucu yang terjadi di sana ketika makan bersama kawan-kawannya.
Mengunjungi kedai makan tersebut untuk makan sambil lepak bersama, mereka telah memesan makanan dan minuman untuk dinikmati. Salah seorang dari mereka telah memesan segelas carrot susu.
Bagaimanapun bila minuman tersebut tiba, mereka terkejut apabila melihat minuman tersebut. Lain dari yang lain, ia dihiasi dengan lobak merah yang telah disagat atas minuman tersebut.
Terkedu melihat begitu banyak lobak merah menghiasi minumannya, kawannya yang telah memesan minuman itu hanya mampu cuba menghabiskan rimbunan lobak merah itu mungkin kerana tidak mahu membazir.
Menjengah di ruangan komen, rupa minuman tersebut turut membuat orang ramai terkejut. Tak pernah melihat minuman carrot susu sebegini, tak terkejut jika kawannya juga sehingga terkedu dengan rupa minuman itu.
“Muka kawan pasrah je.”, gelak inajazlina.
Manakala gurau Firdaus00; “Dia sebenar nak cheesekan carrot tu tapi terlupalah tu!”.
Walaupun rupa minuman carrot susu tersebut lain dari yang lain, lelaki itu dan kawan-kawannya akui ia sangat sedap untuk diminum, puas hati.
Ha! Hanya jangan kerana rupanya, terus kita menghakimi. Mungkin makanan atau minuman itu mempunyai rupa yang kurang menarik atau pelik tapi belum cuba belum tahu, kan?
Kredit: syukriazman27