Mencari pasangan yang sesuai bukanlah hal yang mudah. Walaupun dengan begitu banyak aplikasi mencari jodoh yang ada, ia memakan masa dan beberapa percubaan untuk menemui seorang yang serasi untuk diri sendiri.
Ada yang bertemu jodoh dengan mudah dan pantas, ada pula yang sebaliknya. Rezeki semua orang berbeza-beza. Namun tidak dinafikan apabila melihat pasangan lain di luar, diri kita juga akan berasa cemburu, ingin tahu perasaan disayang dan menyayangi insan lain.
Perkara itu mungkin bermain di fikiran seorang gadis berbaju kuning yang sedang makan di KFC apabila melihat gelagat romantis pasangan suami isteri yang duduk di sebelahnya.
Dikongsikan oleh ilyadasima1 di laman TikTok, pasangan itu singgah di sana untuk makan bersama. Oleh kerana mempunyai anak yang masih kecil, si isteri sibuk mengendongkan bayinya sambil memberinya susu.
Kesian melihat isterinya tak sempat makan gara-gara sibuk dengan anak, si suami itu menyuap isterinya makan. Melihat gelagat pasangan itu, sesiapa sahaja akan berasa tersentuh.
Di sebelah mereka, gadis yang hadir sendirian itu pula sibuk makan sambil curi lihat gelagat romantis pasangan tersebut. Agaknya ‘cemburu’ juga melihat pasangan sweet itu.
@ilyadasima1 #susahsenangbersamaselamanye#fyp ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati pada gadis itu yang terpaksa menyaksikan adengan pasangan tersebut.
“Apa masalah dia duduk sebelah tu? Kesian betul muka mencuka bhai!”, gelak khair_niesa.
Usik Ashaa pula; “Kalau aku jadi akak baju kuning tu, memang aku duduk dekat meja lain tau! Tak rela nak makan sambil menyendu.”.
Untung si isteri itu mendapat pasangan seprihatin dan bertimbang rasa seperti suaminya. Melihat isteri menjaga anak si suami pula sampai tak sanggup makan seorang diri. Sesiapa yang melihat mereka juga sudah tentu akan turut berasa cemburu jadi tak hairan mengapa gadis itu hingga menjeling mereka.
Kredit: ilyadasima1