Sekali-sekala mood kita mahu makan di luar. Walaupun lebih jimat masak sendiri di rumah tapi bila bercampur dengan penat dan sibuk dari kerja seharian, lebih elok makan di luar. Cepat pun cepat, kita juga tak perlu penat mengemas selepas makan.
Namun bila makan di luar, tak semua kedai makan atau restoran masak sama seperti kita. Ada yang tip top dari segala aspek, ada pula yang sebaliknya.
Jadi hati-hati bila makan di luar, periksa dan kenali kedai itu dahulu takut perkara yang terkena wanita ini berlaku pada anda pula.
Terbaharu, seorang wanita dianrahmad berkongsi kisah mengecewakan yang berlaku ke atas dirinya ketika telah memesan makanan dari sebuah kedai makan yang telah dikunjunginya.
Memesan lauk ayam, wanita itu seronok makan kerana terlalu sedap. Namun separuh jalan untuk menghabiskan makanannya, dia menyedari lauk itu mempunyai potongan plastik.
“Tengah sedap makan terjumpa benda alah ni. Nasib tak mati tercekik.”, tambahnya lagi; “Benda dah order dah bayar, dah makan separuh nak enjoy tak boleh. Kita redha sahaja la. Harap tukang masak tu berhati-hati lepas ini.”.
@dianrahmad Benda dh oder dah bayar dh makan separuh nak enjoy tk boleh, kita redho jela harap tukang masak tu brhati2 la pasni #fyp#viralvideo
♬ EH BANGSAT NI TAK NAMPAK AKU KE AKU NI TUNGGUL KE – Syahmi Hisham
@dianrahmad Benda dh oder dah bayar dh makan separuh nak enjoy tk boleh, kita redho jela harap tukang masak tu brhati2 la pasni #fyp#viralvideo ♬ EH BANGSAT NI TAK NAMPAK AKU KE AKU NI TUNGGUL KE – Syahmi Hisham
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkilan bagaimana tukang masak boleh tersilap langkah dan terlepas pandang makanan yang telah disediakan tapi rata-rata memujuk wanita itu agar sabar menghadapi perkara tersebut.
“Makan pun dah dekat kenyang, terpaksa enjoy je lah kan? Adui!”, kata Chiktie Dot Com.
Walaupun kecewa, wanita itu tetap sabar dan berharap pihak kedai makan lebih berhati-hati supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut. Kadang-kadang kesilapan sebegini bukanlah sesuatu yang disengajakan jadi semoga ia menjadi satu pengajaran buat kesemua pihak untuk berwaspada di lain hari.
Kredit: dianrahmad
Baca Juga: Makan Sebelah Pasangan Sweet Di KFC, Ramai Yang Kasihan Lihat Gadis Ini Sendu Seorang Diri